LOGO Tigernews

LOGO Tigernews
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD

Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG TIGERNEWS
PASTIKAN ANDA BERPUAS HATI DENGAN BLOG INI
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD SISIPAN BERITA ONLINE

Tuesday, April 3, 2012

SARATOK BERSELAWAT 2012

SARATOK- 2 April 2012, Isnin, buat julung kalinya telah diadakan Saratok Berselawat yang bertempat di LAKIS Saratok bermula pada 8:30 malam sehingga 12:00 tengahmalam semalam. Saratok Berselawat ini bersempena dengan penghijrahan kumpulan ALMAWLID, INTEAM, DAN MARJAN ke Sarawak yang bermula dari Kuching, Sebuyau, Saratok dan pada 3 April 2012 mereka berada di Sarikei.
      Majlis tersebut telah disempurnakan oleh En. Muhammad bin Duri yang mewakili YB Datuk Hj Abdul Wahab bin Aziz, ADUN N.33 KALAKA merangkap Menteri Muda Pembangunan Tanah Sarawak.
      Sebelum Majlis Selawat diadakan Di Masjid Besar Saratok diadakan Solat Maghrib berjemaah dan Tazkirah dari Ustaz Jemputan sehingga Solat Isya' berjemaah.



     Setelah selesai solat semua tetamu dibawa ke LAKIS untuk mengikuti Majlis Saratok Berselawat

       Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Tn. Hj Kanil Hj Ali Hassan, Tim. Pengerusi Jawatakuasa Saratok Berselawat. Seterusnya ucapan perasmian oleh En. Muhammad bin Duri yang mewakili YB Datuk Hj Abdul Wahab bin Aziz.

Antara tetamu jemputan Majlis Saratok Berselawat

 
       Setelah selesai ucapan majlis dimulakan dengan persembahan Marhaban dan Berzanji dari kumpulan Muhibbah Saratok.






Majlis diteruskan dengan persembahan Selawat, bacaan ayat-ayat Al-Quran, bacaan fasal-fasal dari Sirah, Nabawiyah, Mahalul Qiyam, Marhaban/selawat, Tausiyah dan doa penutup dari kumpulan ALMAWLID, INTEAM DAN MARJAN.



Wartawan Lokasi, Jurukamera
Tigernews Studio & Media

No comments:

Post a Comment