LOGO Tigernews

LOGO Tigernews
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD

Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG TIGERNEWS
PASTIKAN ANDA BERPUAS HATI DENGAN BLOG INI
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD SISIPAN BERITA ONLINE
Showing posts with label Berita Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Berita Hiburan. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Berita Harian Online

Memori gambar P Ramlee
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2011/06/28

AHMAD Sarji bersama buku P Ramlee pada majlis pelancaran buku P Ramlee di badan Warisan Malaysia.
AHMAD Sarji bersama buku P Ramlee pada majlis pelancaran buku P Ramlee di badan Warisan Malaysia.
Pameran koleksi foto seniman agung berlangsung di Badan Warisan Kebangsaan

DIDORONG minat yang mendalam terhadap karya bintang lagenda Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Presiden Badan Warisan Kebangsaan, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid mengambil inisiatif menganjurkan Pameran Foto P Ramlee.
Pameran secara percuma yang diadakan di Badan Warisan Kebangsaan, Jalan Stonor, dari 24 Jun hingga 16 Julai itu diadakan bersempena dengan Hari Seniman yang diraikan pada 29 Mei setiap tahun.
Pengunjung dapat menyaksikan koleksi foto P Ramlee milik Ahmad Sarji yang diperoleh daripada rakan-rakan, menerusi buku malah ada juga yang dikutip disebabkan minat yang terlalu mendalam kepada seniman negara itu sejak beliau berusia 12 tahun.

Antara koleksi foto yang dipamerkan ialah aksi Allahyarham P Ramlee di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, Ahmad Albab, Anak Bapak dan banyak lagi. Juga terdapat tulisan tangan Allahyarham yang masih disimpan rakan baik pelakon berkenaan, Yusnor Ef.

Mengimbau kembali bagaimana boleh meminati P Ramlee, Ahmad Sarji berkata, beliau mula mengagumi lakonan seniman negara itu selepas menonton filem berjudul Bakti yang popular dengan lagu Merpati Dua Sejoli.

Ia adalah filem pertama P Ramlee memegang watak hero sekitar 1950. Sejak dari itu, beliau mula menjadikan P Ramlee sebagai idola dan mengumpul semua filem serta gambar-gambar Allahyarham. Setakat ini katanya, dia mempunyai tiga buah album gambar P Ramlee.
“Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang kecil, kami tidak mampu mengadakan majlis secara besar-besaran untuk memperingati jasa seniman negara. Jadi ini saja usaha yang dapat kami lakukan iaitu dengan mengadakan pameran foto sebagai menghargai jasa P Ramlee. Sebanyak 60 keping gambar dipamerkan dalam pameran ini,” katanya.

Majlis pelancaran disempurnakan beliau sendiri. Selain perasmian pameran foto, pada kesempatan itu, beliau turut melancarkan semula buku P Ramlee Erti Yang Sakti dan P Ramlee The Bright Star yang ditulisnya bersama mendiang James Harding. Kedua-dua buku berkenaan pernah diterbitkan pada 1999 diikuti buku dalam bahasa Inggeris pada 2003.

Buku yang diterbitkan oleh Pelanduk Publications ketika itu pada mulanya hanyalah keluaran terhad dan tidak dirancang untuk penerbitan semula.
Bagaimanapun memikirkan buku berkenaan elok untuk tatapan umum, ia diterbitkan semula tetapi kali ini di bawah Malaysia Publishing House (MPH).

Pengarah Urusan MPH, Datuk Ng Tien Chuan berkata, kedua-dua buku berkenaan dijual dalam bentuk box-set pada harga mampu milik iaitu RM 79. Harga yang rendah ditawarkan bagi memberi peluang khususnya kepada pelajar yang ingin membuat kajian supaya dapat menjadikan buku berkenaan sebagai bahan rujukan.
Kali ini sebanyak 1,500 cetakkan dikeluarkan yang boleh didapati di kedai buku terpilih.

Harap lebih banyak buku dihasilkan

AHMAD Sarji berharap lebih ramai lagi dapat membaca buku berkisar mengenai P Ramlee kerana buku berkenaan kini ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

Katanya, buku P Ramlee: Erti Yang Sakti dan P Ramlee: The Bright Star dihasilkan berdasarkan kajian yang dilakukan di Singapura dan Indonesia serta mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan itu turut menyentuh mengenai rakan-rakan seperjuangan P Ramlee.

“Jika menulis buku biografi, kemungkinan ramai rakan-rakan P Ramlee yang tertinggal. Jadi saya memasukkan semua orang yang terdekat dengan P Ramlee di dalam buku ini kerana jasa yang mereka sumbangkan juga besar.

“Saya berharap melalui buku ini, lebih ramai orang akan membaca serta menghayati perjuangan penggiat filem kita. Dengan tawaran harga yang rendah, buku ini mampu dimiliki oleh semua. Saya mahu lebih ramai orang dapat meminati P Ramlee, sebab itu buku ini turut dihasilkan dalam bahasa Inggeris supaya orang luar juga dapat membacanya.

“Semua yang terkandung di dalam buku-buku ini adalah berdasarkan fakta, saya melakukan kajian sehingga ke Singapura dan Indonesia untuk mendapatkan maklumat mengenai P Ramlee. Apa yang terkandung di dalam buku ini bukanlah rekaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut mengharapkan supaya ada orang yang berminat untuk terus menulis lagi buku mengenai P Ramlee kerana ada beberapa perkara yang menjadi kemusykilan belum terjawab, contohnya kelayakan filem Semerah Padi untuk menang di Festival Filem Asia Pasifik.

“Saya difahamkan ada beberapa babak dalam filem itu yang tidak disukai penganjur menyebabkan ia tidak terpilih. Jika ada pihak yang sudi membuat kajian tentu sekali menarik, saya bukan tidak mahu melakukan kajian berkenaan tetapi saya sentiasa sibuk. Masa tidak mengizinkan saya untuk menulis buku,” katanya.

Antara rakan P Ramlee yang hadir pada majlis pelancaran pameran foto dan buku itu ialah Tan Sri Jins Shamsuddin, Mariani dan Yusnor Ef.

Sunday, June 19, 2011

Harian Metro Online

Ada hati perlu dijaga

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my
pix_middle
MOGA filem dan lagunya disukai ramai. Itulah permintaan gadis jelita ini ketika menyambut ulang tahun ke-19 tahun pada 17 Mei lalu selain memanjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga segala kontroversi yang mengiringi langkahnya sejak setahun lalu berhenti.
Dicop simbol seks gara-gara bentuk bibir dan wajah seksi serta dituduh melakukan pembedahan plastik di beberapa bahagian tubuh, sudah lali pada pendengarannya. Cukuplah, perkara itu tidak perlu diulang lagi kerana baginya, ia kisah basi yang memualkan.

Pun begitu, kalau masih ada yang mahu mengaitkannya dengan telahan mengarut itu, dia tidak berdaya menghalang. Sebagai empunya badan, dia hanya mampu menelan tafsiran negatif itu dan berusaha mencari kekuatan supaya melihatnya daripada sudut positif.
   
  • Foto
  • Foto
  • Foto
  • Foto
Tambah berat apabila ledakan populariti Kilafairy berlaku dalam tempoh pantas. Belum pun keluar dengan produk meyakinkan, namanya meniti dari bibir ke bibir dan pastinya lebih banyak yang panas diperkatakan berbanding kerjayanya yang baru bermula.

Biarpun semua itu publisiti yang boleh menaikkan namanya, gadis bertubuh kecil molek ini berkata, bukan itu yang diharapkan ketika memutuskan menurut jejak langkah ibunya, penyanyi popular 1980-an, Rohana Jalil.

"Jujur, saya segan bila nama tiba-tiba meledak, tambahan belum ada produk kukuh untuk buktikan kemampuan diri tetapi dapat banyak publisiti sehingga jadi perbualan ramai.

"Saya tak pernah minta diberi publisiti sebanyak ini dan jika difikir daripada sudut positif, ia membantu karier tetapi buruknya banyak cerita kurang enak serta yang bukan-bukan menyusul.

"Apapun saya tidak boleh hentikan kontroversi, apatah lagi saya tahu ia asam garam dunia artis. Saya boleh bertahan dan tak pernah ambil pusing apa orang cakap tetapi saya masih ada ibu bapa dan dua kakak yang perlu dijaga hatinya," katanya memohon pengertian ramai.
Paling buat hati tersentuh apabila melihat bapanya resah setiap kali perkara sensasi mengenainya diperkatakan di akhbar, majalah dan Internet, terutama membabitkan tanggapan seksi.

"Biarpun sedar itu adalah anugerah semula jadi, sedikit sebanyak kebimbangan terukir jelas pada wajah insan paling disayangi.

"Saya sudah lali digelar seksi. Orang yang tak sukakan saya akan cakap macam-macam tetapi mereka yang menghargai saya, kata saya ini unik. Hendak buat macam mana, kalau sudah begini wajah dan bentuk tubuh saya.

"Ada juga timbul cerita saya menumpang populariti mama dan tak kurang juga bercakap mama tumpang populariti saya. Soal ini tak sepatutnya timbul kerana tidak ada istilah siapa tumpang siapa. Mama sudah lama dalam industri dan kalau dia bukan artis, pasti isu ini tidak akan dibangkitkan," kata anak bongsu tiga beradik ini.

Akui Kilafairy, pembabitan dalam industri bukan kerana mahu mengejar populariti tetapi atas dasar minat. Dia tidak kisah jika namanya tidak dikenali atau mempunyai kelompok peminat yang sedikit asalkan bakatnya dihargai. Mungkin bunyinya klise, tetapi itulah pendirian gadis manja ini.

Malah, dari hari pertama bergelar pelakon, dia tahu kerjaya ini bukan mudah. Tatkala orang ramai lena diulit mimpi, dia bekerja keras di lokasi dan perlu berdepan pelbagai cabaran bagi menjayakan watak dibawa.

Kerjaya dipilih ini juga tidak menentu masa dan dia perlu bijak membahagikan masa antara tuntutan komitmen sebagai artis dan pelajar.

"Setiap orang ada cara menghilangkan tekanan dan saya mengatasinya dengan berlakon. Saya sangat gembira apabila berada di lokasi penggambaran kerana fokus saya hanya pada kerja.

"Jujur, saya tidak menyangka akan terbabit dalam bidang lakonan secara serius kerana sejak kecil bakat saya lebih kepada bidang nyanyian. Pun begitu ketika berusia sembilan tahun, saya pernah menghadiri uji bakat anjuran TV3 di sekolah dan dapat muncul program Can Malican dan Ikak Kekek bersama Senario.

"Saya kembali berlakon apabila ditawarkan beraksi dalam Hotel Mania untuk satu episod. Itupun berlaku secara kebetulan apabila saya mahu bertemu Jaafar Onn dan tulang belakang Hotel Mania ternampak saya. Mereka minta saya berdiri depan kamera dan tidak lama selepas itu dipanggil berlakon dalam siri muzikal itu sebagai teman wanita kepada watak utama.

"Tak sangka selepas itu saya berpeluang sekali lagi bekerjasama dengan KRU Studios dalam filem Karak. Itupun saya perlu menghadiri uji bakat, bukan dapat berlakon sewenang-wenangnya. Saya kemudian menjayakan Darah Pontianak dan Pengasih Minyak Dagu untuk slot Mistik Alam Hitam arahan Rashid Sibir. Papa dan mama terkejut apabila tengok saya berlakon dalam dua siri itu dan mereka baru tahu saya tidak main-main," katanya.

Mengulas perkembangan terbaru, selain terbabit dengan promosi filem Karak, penuntut Diploma Pengurusan dan Pemasaran Fesyen, Kolej Antarabangsa Raffles ini terikat dengan sesi latihan filem muzikal terbaru arahan Saw Teong Hin, Walawey Debab yang akan memulakan penggambaran bulan depan.

Pada masa sama, ada tawaran membintangi sebuah lagi filem tetapi masih dalam peringkat perbincangan bagi memastikan jadual penggambaran tidak bercanggah dengan kuliahnya.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tiada masalah membahagikan masa antara pelajaran dan karier. Ketika penggambaran Karak yang diarahkan oleh Yusry dulu pun, KRU Studios uruskan jadual saya supaya supaya tidak mengganggu jadual kuliah.

"Cabaran paling hebat ketika itu adalah masa. Bayangkan, penggambaran dilakukan pada waktu malam dan paling lambat habis sekitar jam jam 8.30 pagi manakala kelas Kila pula bermula 9.30 pagi. Selesai berkemas, saya terus bergegas ke kuliah. Walaupun mengantuk, saya kuatkan hati. Penat sangat tetapi saya puas.

"Selain itu saya ini penakut, jadi perlu mengatasi perasaan itu di lokasi. Kebetulan pula penggambaran dilakukan di kawasan hutan dan sunyi, jadi memang seram sejuk dibuatnya. Mata Kila melilau tengok atas dan di celah pokok, kalau ada sesuatu.

"Mujur sepanjang penggambaran saya tidak berdepan perkara pelik seperti dilalui beberapa kru. Saya pesan pada mereka, jangan beritahu saya apa-apa, nanti saya hilang tumpuan terhadap lakonan," katanya mengagumi cara kerja Yusry yang teliti

Harian Metro Online

Nafi cerai


KHABAR angin bertiup kencang mengenai status perceraian antara aktor Mizushima Hiro (gambar kecil) dan penyanyi/komposer, Ayaka. Tapi kini, peminat boleh menarik nafas lega susulan kedua-dua pasangan itu tidak akan berpisah.
Ia selepas satu pengumuman yang dibuat dalam akaun Twitter rasmi wakil agensi mereka, baru-baru ini.

“Ada kebimbangan mengenai kehidupan peribadi Mizushima Hiro dan Ayaka yang turut dirasai ramai peminat mereka. Tapi harapnya semua tidak perlu risau lagi kerana apa yang berlaku sebelum ini tidak benar,” tulis wakil itu lagi.
Pasangan selebriti itu berkahwin secara rasmi pada 22 Februari, 2009. Selepas meninggalkan agensi mereka, pasangan itu mewujudkan laman Twitter sendiri untuk kekal berinteraksi dengan peminat mereka.