LOGO Tigernews

LOGO Tigernews
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD

Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG TIGERNEWS
PASTIKAN ANDA BERPUAS HATI DENGAN BLOG INI
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD SISIPAN BERITA ONLINE

Thursday, March 14, 2013

Forum Perundangan Syariah Sempena Program Inovasi JAIS Berpusatkan Masjid 2013

[Berita Dari Kru TN AGAMA]

SARATOK-13 Mac 2013, telah diadakan Forum Perundangan Syariah yang bertempat di Masjid Besar Saratok. Forum tersebut adalah anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bersempena dengan program Inovasi JAIS Berpusatkan Masjid 2013.
 
(BERTENAGA - Tiga penal kelihatan bertenaga apabila menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengerusi Forum) [Gambar dari TN Camera]

Forum selama lebih kurang dua jam lebih itu membincangkan mengenai Ordinan-Ordian mahkamah syariah yang terdapat di Sarawak.

Antara Ordinan-Ordinan tersebut adalah:-
  1. Penalti Di Bawah Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam yang meliputi hukuman denda antara RM100.00 hingga RM3000.00 atau penjara antara tiga bulan hingga dua tahun.
  2. Penalti Di Bawah Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah yang meliputi hukuman denda antara RM1000.00 hingga RM5000.00 atau penjara antara enam bulan hingga tiga tahun serta enam sebatan.
Forum tersebut juga menerangkan mengenai jenis mahkamah syariah di sarawak.

Forum tersebut diadakan sebanyak tiga sesi iaitu sesi soal jawab antara pengerusi dengan ahli penal diadakan sebanyak dua sesi. Sesi ketiga pula adalah soal jawab antara penonton dengan ahli penal.
<Laporan disedia oleh TN AGAMA UNIT>

No comments:

Post a Comment