LOGO Tigernews

LOGO Tigernews
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD

Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG TIGERNEWS
PASTIKAN ANDA BERPUAS HATI DENGAN BLOG INI
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD SISIPAN BERITA ONLINE
Showing posts with label Berita Negeri. Show all posts
Showing posts with label Berita Negeri. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Berita dari Utusan Borneo Online

Polis buat tangkapan pertama

by Sudan Ajang dan Watt Zacchaeus. Posted on July 5, 2011, Tuesday
Exco AMK ditahan di LTM kerana memakai baju-T promosi perhimpunan haram


DITAHAN: Anggota Exco AMK, Zulhaidah (kiri) diiringi oleh sepasukan polis semasa keluar dari Lapangan Terbang Miri untuk ditahan di Balai Polis Pusat Miri.
MIRI: Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat, Zulhaidah Suboh ditahan di Lapangan Terbang Miri petang semalam kerana memakai baju-T berwarna kuning dengan tulisan BERSIH yang disifatkan sebagai mempromosikan perhimpunan haram 9 Julai ini, sekali gus menjadikannya tangkapan pertama di Sarawak.
Zulhaidah yang tiba di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 1.40 petang semalam, ditahan dan disoal siasat sebelum dibawa ke Balai Polis Pusat Miri pada jam 3.15 petang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Ling Sie Kiong yang bertindak sebagai peguam beliau turut mengesahkan mengenai penahanan Zulhaidah, ketika ditemui di Balai Polis Pusat Miri di sini petang semalam,
Menurut Ling, Zulhaidah akan dihadap ke Mahkamah Majistret jam 8.30 pagi ini untuk ditahan reman.
Katanya, sebelum itu anak guamnya itu telah didatangi sepasukan polis semasa hendak berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), bagaimanapun dia tidak ditahan kerana mempertimbangkan waktu penerbangan beliau (Zulhaidah) dan hanya ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Miri.
Sementara itu di SIBU, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail memberitahu perhimpunan BERSIH 2.0 dijangka akan diadakan di empat bandar utama di negeri ini pada 9 Julai ini iaitu di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.
“Kami ada menerima maklumat bahawa perhimpunan terbabit akan diadakan di Sibu, Bintulu, Kuching dan Miri,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan terbabit kerana pihaknya boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan terbabit.
“Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menyertai perhimpunan terbabit. Oleh itu, jangan me-nyusahkan diri untuk menyertai perhimpunan haram terbabit yang tidak mempunyai permit sah untuk mengadakan aktiviti sedemikian,” tegasnya.
Bagi mengelak diri terjerumus dengan perhimpunan terbabit, Shafie menasihati orang ramai agar jangan se-sekali memakai baju berwarna kuning pada 9 Julai ini.

Berita dari Utusan Borneo Online

Ramai masih jahil ancaman komunis

Posted on July 4, 2011, Monday

Pahlawan negara saran kerajaan lancar kempen kesedaran bahaya fahaman komunis

KANANG
SRI AMAN: Seorang wira negara menyarankan supaya kerajaan melancarkan kempen publisiti secara meluas mengenai ideologi dan kesan fahaman komunis terhadap masyarakat bagi menangani kononnya cubaan mewujudkan semula fahaman itu menjelang perhimpunan haram pada 9 Julai ini.
Kanang anak Langkau, bekas Pegawai Waran 1, yang pernah terbabit dalam operasi memburu komunis, berkata generasi sekarang tidak akan memahami kezaliman dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat semasa pemberontakan komunis di negara ini pada 1948 hingga 1960.
“Salah satu cara menimbulkan kesedaran rakyat tentang fahaman komunis adalah dengan menceritakan sejarah ideologi komunis di Malaysia yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai pada zaman itu,” katanya kepada Bernama di sini semalam.
Kanang, yang berusia 67 tahun, merupakan satu-satunya penerima kedua-dua anugerah Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan (SP) yang masih hidup.
Katanya cubaan menghidupkan semula ideologi komunis mungkin terselindung di sebalik kemajuan teknologi dan maklumat dalam Internet sehingga gagal dikesan oleh kerajaan.
“Adalah penting bagi rakyat dan kerajaan mengesan elemen-elemen ini pada peringkat awal lagi,” katanya.
Sambil menyokong tindakan tegas polis dalam menjaga ketenteraman awam, Kanang berkata sudah tiba masa bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memberi isyarat jelas kepada mereka yang berhasrat menyebarkan ideologi komunis di negara ini.
Beliau juga mencadangkan Kementerian Pelajaran memberi pendedahan mengenai bahaya fahaman komunis kepada pelajar dari peringkat sekolah rendah.
“Generasi muda perlu diajar menghargai pengorbanan perajurit negara dalam mengekalkan keamanan semasa era pemberontakan komunis di negara ini,” katanya
Kanang berkata salah satu sebab utama ramai masih jahil mengenai ancaman ideologi komunis adalah kerana keamanan dan keharmonian yang dinikmati oleh generasi muda sekarang.
“Adalah sedih dan tidak sensitif oleh kumpulan tertentu yang cuba menghidupkan semua ideologi komunis…satu tindakan yang tidak menghormati pengorbanan perwira negara dalam mempertahankan keamanan negara pada era itu,” katanya.
Keberanian Kanang dalam operasi memburu penganas komunis tercatat dalam sebuah buku berjudul “Kanang Cerita Seorang Pahlwan” yang ditulis oleh Mejar (B) Maznan Nordin dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). — Bernama

Friday, July 1, 2011

Berita dari Utusan Borneo Online

Siapa bakal Ratu Pelancongan Benak 2011?

Posted on July 1, 2011, Friday
SERAMAI sepuluh orang peserta akan berentap dalam Pertandingan Akhir Ratu Pelancongan Benak 2011 bersempena dengan Pesta Benak Sri Aman 2011 anjuran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman yang akan berlangsung di Pentas Kebudayaan pada malam 2 Julai ini.
Senarai sepuluh orang peserta akhir pertandingan berkenaan adalah terdiri daripada Lydia Desmond Bangga (Sri Aman), Sharonica Dilu (Simunjan),
Bellynie Johnek (Sri Aman), Dayang Noor Ruzaliny binti Awang Jamain (Sri Aman), Jacqualyn Jubin (Sibu), Shazmin Naziela binti Mohd Zufairi (Sarikei), Maloney Patrick Teli (Bintulu), Helina Sarina Saba (Bintulu), Alisha Josephine Karim (Bintulu) dan Florina Declan (Bintulu).
Pegawai Tadbir Sarawak di Pejabat Daerah Sri Aman, Douglas Amut ketika ditemui berkata, pertandingan membabitkan penyertaan terbuka kepada gadis-gadis di seluruh negeri Sarawak itu adalah yang pertama diadakan kali ini.
Katanya, sebelum ini pihaknya menghadkan penyertaan kepada penduduk di Sri Aman sahaja tetapi pada pengajuran Pesta Benak pada tahun ini, pihak telah membuka penyertaan untuk Pertandingan Ratu Pelancongan Benak ini kepada semua gadis-gadis di seluruh negeri Sarawak.
Tambahnya lagi, pihaknya telah pun mengadakan pemilihan peserta ratu ini bagi Zon Utara yang melibatkan kawasan Bintulu pada 25 Jun lepas bertempat di Hotel Li Hua Bintulu manakala sesi pemilihan bagi Zon Tengah telah diadakan pada 26 Jun lepas bertempat di Dragon Inn Sarikei dan pemilihan untuk Zon Selatan telah diadakan di Rumah Sri Aman pada malam kelmarin.
“Hasil daripada sesi pemilihan dari tiga zon tersebut, pihak hakim dan juga pihak juri telah memilih seramai 10 orang peserta terbaik yang akan berentap menerusi Pertandingan Akhir Miss Tourism Benak 2011 yang akan diadakan pada malam 2 Julai ini bertempat di Pentas Kebudayaan, Pesta Benak 2011,” ujarnya ketika ditemui Utusan Borneo dekat sini.
Sementara itu katanya, hadiah menarik yang ditawarkan kepada johan pertandingan ialah wang tunai RM1,200, trofi , jambangan bunga dan baucar penginapan dua hari satu malam untuk dua orang di Damai Beach Resort.
Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM1,000 dan RM800 serta trofi dan bunga.
Jelasnya lagi, pada tahun ini, pihak penganjur turut memperkenalkan dua kategori barun iaitu Miss Fotogenik Benak 2011 dan Miss Talented Benak 2011 yang masing-masing menawarkan hadiah wang tunai RM500, trofi , jambangan bunga serta baucar penginapan dua hari satu malam di Damai Beach Resort.
Selain itu, katanya, pemenang sagu hati untuk semua fi nalis akan membawa pulang hadiah wang tunai RM200, trofi dan sijil penyertaan.
Pertandingan ini bertujuan untuk memilih duta atau jurucakap bagi mempromosikan keunikan Pesta Benak kepada pelancong asing dan tempatan.

Berita dari Utusan Sarawak Online(Anak terkejut temui ayah mati tergantung)

MIRI: Seorang anak terkejut menemui ayahnya mati tergantung di dalam bilik mandi kediaman mereka di Taman Ceria Permyjaya di sini, petang semalam.
Mangsa, 49 tahun, ditemui oleh anak perempuannya sekitar jam 3 petang sekembalinya dia ke rumah.
Mangsa dikatakan bersendirian ketika kejadian berkenaan.
Polis bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan daripada ahli keluarga mangsa dan tiba di lokasi sekitar jam 4 petang.
Mayat mangsa kemudianya dibawa ke bilik mayat Hospital Miri untuk dibedah siasat.
Punca kejadian masih dalam siasatan. Mangsa dikatakan bekerja sebagai buruh kasar dan meninggalkan seorang isteri serta lima orang anak.

Berita dari Utusan Sarawak Online(Tenaga Empangan Bakun mulai dijual kepada SESCo 6 Ogos ini)

UCHING: Pemilik dan pemaju Empangan Hidroelektrik Bakun (Empangan Bakun), Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB) dijangka menjual tenaganya kepada Syarikat Sesco Berhad pada 6 Ogos ini.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Amar Awang Tengah Ali Ha-san dalam satu kenyataan medianya semalam berkata, setakat ini, hampir kesemua ujian sistem telah siap dilakukan kecuali ujian reliabiliti.
Menurut beliau, SHSB dijangka memulakan ujian reliabiliti pada 1 Julai 2011, yang akan mengambil masa sebulan sebelum Operasi Komersial dimulakan.
“Di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPT) antara SHSB dan Sesco, penyiapan unit untuk unit pertama bagi permulaan operasi komersialnya ialah pada 6 Ogos 2011,” katanya.
Ujian serentak untuk unit pertama (Unit 8) bagi sistem grid Sesco telah dijalankan pada 9 Jun lepas.
Selepas itu, SHSB memulakan ujian sistem yang sama, sebelum Unit 8 ditutup dari 19 hingga 24 Jun untuk memudahkan kerja-kerja pembaikan sebelum menjalankan ujian reliabiliti.
Sementara itu, dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, Awang Tengah berkata, Kerajaan Persekutuan melalui SHSB menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPT) dengan Sesco untuk menjual elektrik dari Empangan Bakun kepada Sesco pada kadar 6.25 sen sekilowatt sejam dengan kenaikan tahunan sebanyak 1.5 peratus.

Wednesday, June 29, 2011

Berita dari Utusan Sarawak Online(Wanita hilang RM3,000 dirompak di Lebuh Gambier)

KUCHING: Seorang wanita mengalami kerugian seba-nyak RM3,000 selepas dirompak di Lebuh Gambier, di sini semalam.
Insiden itu berlaku sekitar jam 10 pagi semalam ketika mangsa berusia 40-an dari Santubong sedang membeli-belah di Lebuh Gambier.
Difahamakan, mangsa yang baru mengeluarkan wang tunai sebanyak RM3,000 dari sebuah bank yang kemudiannya pergi ke tempat tersebut untuk membeli-belah.
Mangsa mendakwa ketika dia membuka pintu kereta untuk mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh, tiba-tiba perompak menolaknya jatuh dan merampas beg tangannya dari arah belakang.
Perompak terbabit dikatakan terus melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.
Disyaki perompak tersebut telah mengekorinya sejak dia mengeluarkan wang dari bank.
Mangsa membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Tuesday, June 28, 2011

Berita dari Utusan Borneo Online

S’wak terima RM2.91 bilion

Posted on June 28, 2011, Tuesday
Pelaburan modal direkod kedua tertinggi selepas Johor pada suku pertama 2011

AWANG TENGAH
KUCHING: Sarawak merekodkan pendaftaran jumlah pelaburan kedua tertinggi pada suku pertama tahun 2011 dengan 16 projek melibatkan pelaburan modal sebanyak RM2.91 bilion telah diluluskan, selepas Johor dengan jumlah pelaburan sebanyak RM3.32 bilion.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua  Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata daripada RM2.91 bilion yang diterima, RM2.25 bilion adalah dari-pada pelaburan domestik sementara RM655 juta daripada pelaburan asing.
“Daripada 16 projek yang diluluskan,  lima projek berjumlah RM2.89 bilion telah diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
“Manakala 11 projek lagi berjumlah RM22.9 juta telah diluluskan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Industri Negeri (ICC),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) semalam.
Menteri Kemudahan Awam itu menjelaskan kesemua 16 projek tersebut juga dijangka mampu menjana sebanyak 1, 262 peluang pekerjaan.
“Pelaburan-pelaburan ini kebanyakannya dalam dua  industri utama iaitu produk besi asas berjumlah RM2.87 bilion dan produk berasaskan kayu sebanyak RM20.8 juta,” katanya.
Katanya, sumber utama pelaburan asing ialah dari Hong Kong dengan jumlah pelaburan RM180 juta dalam industri besi asas, diikuti Bri-tish Virgin Islands dengan pelaburan RM6.2 juta dalam industri berasaskan kayu.
Dalam pada itu, Awang Tengah yang juga ADUN Bukit Sari berkata pada 2010, negeri ini telah mendaftarkan jumlah pelaburan berjumlah RM3.95 bilion.
Katanya, daripada jumlah tersebut, RM3.55 bilion adalah daripada pelaburan  asing dan RM388 juta dari-pada pelaburan domestik.
Berdasarkan projek yang diluluskan, beliau berkata sebanyak 7,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan di negeri ini.

Monday, June 27, 2011

Berita dari Utusan Borneo Online

Mata pelajaran vokasional dimansuh mulai tahun depan

Posted on June 27, 2011, Monday
KULIM: Mata pelajaran vokasional (MPV) akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.
“Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).
“PAV ini dikhususkan untuk pelajar peringkat Tingkatan 1 hingga 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar di sini, semalam.
Katanya berdasarkan perancangan, semua peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran MPV serta Kemahiran Hidup di sekolah harian sedia ada akan dikumpulkan dan diserahkan kepada Kolej Vokasional kelak.
Beliau berkata kementerian turut bercadang melanjutkan tempoh pengajian peringkat menengah atas kepada tiga tahun berbanding dua tahun di sekolah menengah teknik atau vokasional sebelum ini.
“Selepas pelajar menamatkan peringkat pengajian menengah atas di Kolej Vokasional selama tiga tahun, mereka layak diberikan SKM Tahap IV,” katanya.
Dalam perkembangan lain, katanya Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan sejumlah RM242.6 juta untuk Program Biasiswa Kerajaan Persekutuan, Biasiswa Sukan dan Biasiswa Pra-Universiti untuk tahun ini. — Bernama

Berita dari Utusan Borneo Online

Melliane Stufher dinobatkan Dayung Sikura Redeems 2011

Posted on June 27, 2011, Monday


JELITAWAN: Dayung Sikura Redeems 2011, Melliane Stufher Johnson Kayus (tengah) merakamkan gambar bersama naib johan, Monica Lisa Gordon (dua kanan), tempat ketiga, Romera Jehey (dua kiri), keempat, Rachel Frankie (kiri) dan pemenang kelima, Mellini Rigok (kanan).

BAU: Pertandingan ‘Dayung Sikura Redeems 2011’, pencarian gadis Bidayuh paling cantik antara acara tumpuan pada Karnival Gawai Redeems bermula pada 25 dan berakhir semalam.
Pemenangnya, Melliane Stufher Johnson Kayus menewaskan 11 peserta lain dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai, penginapan satu malam di Hotel Pullman, baucer Lee Sport Centre, piala, selendang dan jambangan bunga.
Hadiah kepada Dayung Sikura Redeems 2011 dan pemenang di tempat kedua dan ketiga telah disampaikan oleh isteri kepada Ketua Menteri Puan, Sri Ragad Kurdi Taib.
Selain mencari Dayung Sikura, tempat kedua hingga tempat kelima, pertandingan kali ini turut menyaksikan perebutan gelaran Ratu Fotogenik dan Ratu Popular.
Ratu Fotogenik, Natalie Philip Dorab menerima selendang dan potret berukuran 12R, manakala Ratu Popular, Monica Lisa Gordon membawa pulang wang tunai RM500 berserta selendang.
Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi Redeems, Datuk Peter Nansian merangkap Menteri Muda Alam Sekitar berkata karnival kali ini merupakan penganjuran buat kali keenam.
Katanya, tahun ini buat pertama kalinya, acara diadakan di bangunan baru Pusat Redeems yang menelan perbelanjaan RM4 juta, lengkap dengan kemudahan untuk penganjuran pelbagai bentuk program.
Pusat Redeems turut dilengkapi dengan fasiliti sukan Squash, yang mana pertama kalinya diperkenalkan di daerah Bau dengan kerjasama Persatuan Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA).
Selain pertandingan Dayung Sikura, karnival redeems turut diserikan dengan acara persembahan kebudayaan dari kaum Bidayuh, Iban dan Orang Ulu selain turut dihiburkan oleh persembahan nyanyian oleh artis tempatan.

Berita dari Utusan Borneo Online

Pembangunan sukan di Bintulu diberikan sokongan berterusan

Posted on June 26, 2011, Sunday
BINTULU: Jabatan Belia dan Sukan akan terus memberi sokongan penuh terhadap apa jua aktiviti sukan bagi merancakkan lagi pembangunan sukan di bahagian ini.
Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bintulu, Nur Nafhatun Ahmad Masut berkata penyertaan masyarakat dalam apa jua aktiviti sukan yang dianjurkan bukan sahaja akan mampu membentuk masyarakat sihat dan berjaya bahkan memupuk hubungan persaudaraan yang lebih erat.
“Usaha Kementerian Belia dan Sukan adalah untuk memupuk budaya hidup sihat di kalangan masyarakat di peringkat akar umbi, justeru pertandingan sukan seumpamanya amat baik dan disokong,” ujarnya semasa merasmikan Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Bahagian Bintulu di Taman Sri Pelabuhan Sungai Sepait semalam.
Katanya, akiviti sukan yang dianjurkan juga bukan semata-mata untuk bertanding tetapi usaha berterusan pihak jabatan agar masyarakat menceburi bidang sukan.
Beliau turut memuji kerjasama baik yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat khususnya penduduk di Taman Sri Pelabuhan yang menyertai liga sukan yang julung kali diadakan di taman perumahan tersebut.
Terdahulu dua acara sukan dipertandingkan dalam liga sukan itu iaitu pertandingan futsal lelaki dan wanita serta sepak takraw. Sebanyak 10 pasukan lelaki dan sembilan pasukan wanita menyertai acara futsal manakala 19 regu pula menyertai pertandingan sepak takraw.
Turut hadir pada majlis itu Pengerusi KRT Taman Sri Pelabuhan, Awang Faizol Awang Sallam, Penyelaras Liga Sukan Untuk Semua, Abd Rani Jemi serta penyelaras acara sepak takraw dan futsal, Awangku Nasir Pengiran Kerta dan Mazlan Drahman.

Berita dari Utusan Borneo Online

Kebakaran menyayat hati

Posted on June 26, 2011, Sunday
Bayi lelaki dua tahun terkorban bersama nenek, ibu saudara dalam kebakaran di Matang
SIASAT: Anggota bomba mencari punca kebakaran di rumah berkenaan untuk melengkapkan siasatan.
KUCHING: Bayi lelaki berusia dua tahun terkorban bersama nenek dan ibu saudaranya dalam satu kebakaran menyayat hati di sebuah rumah di Taman Heng Guan, Matang semalam.
Bayi, Wong Kok Liong manakala dua mangsa lain dalam kebakaran yang berlaku jam 4.45 pagi itu adalah neneknya, Chin Yok Hui, 40, dan anak perempuan Chin iaitu Liau Jee Khim, 18.
Mangsa dipercayai terperangkap dalam rumah berkenaan selepas terjaga dan mendapati seluruh rumah telah dijilat api.
Mayat Chin ditemui dalam bilik tidur dalam keadaan menggendong cucunya manakala mayat Liau ditemui di bilik mandi.
Menurut ibu bayi terbabit, dia dan suaminya Wong Leong Kim berlepas ke Miri sehari sebelum kejadian bersama anak perempuan mereka yang berusia enam tahun untuk lawatan singkat.
Katanya, mereka menerima panggilan daripada polis sekitar jam 6.30 pagi memaklumkan mereka tentang kejadian dan mengambil penerbangan balik untuk bergegas ke bilik mayat Hospital Umum Sarawak (HUS).
Pasangan tersebut begitu hiba selepas mengenal pasti ketiga-tiga mayat dan terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakan serta saudara-mara yang mengiringi mereka.
Menurut sumber, pasangan itu tidak membawa bayi mereka bersama ke Miri dan telah meminta Chin dan Liau yang tinggal di Taman Malihah untuk tinggal di rumah mereka bagi menjaga bayi tersebut.
Keluarga berkenaan yang telah menyewa rumah itu sejak empat tahun lalu dikatakan sedang membuat persediaan untuk berpindah ke rumah baru.
Jiran pasangan itu, Lembong Dangor memberitahu pemberita dia terjaga sele-    pas mendengar bunyi letupan dan melihat ke luar jendela lalu melihat api sedang ma-rak.
“Saya membangunkan ahli keluarga yang lain dan memberitahu anak saya, Unjil  Edward untuk menghubungi Jabatan Bomba sementara saya sendiri bergegas keluar dan menjerit memanggil mangsa keluar dari rumah.
“Tidak ada maklum balas tetapi suara terakhir yang saya dengar ialah suara wanita dari dalam menjerit ‘aiyoh’ sebelum letupan lain berlaku,” kata wanita berusia 56 tahun itu dalam nada sedih.
Lembong menambah penduduk berdekatan cuba sedaya upaya memadamkan kebakaran termasuk menggunakan hos dari taman tetapi gagal.
Tidak ada sesiapa yang dapat memasuki pekarangan rumah kerana tiga kereta keluarga terbabit, Toyota Alphard, Toyota Landcruiser dan Proton Savvy yang di-letak di anjung rumah turut dijilat api.
Selain itu, empat motosikal yang ditinggalkan di rumah tersebut yang dilaporkan milik pekerja Wong berserta pelbagai mesin dan peralatan lain turut musnah dalam kejadian tersebut
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri Abdul Fathul Muen berkata, jabatannya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.52 pagi dengan jentera pertama dari Balai Bomba Petra Jaya tiba di lokasi pada jam 5.30 pagi diikuti jentera kedua dari Padungan sepuluh minit kemudian.
Tambahnya, seramai 17 anggota terlibat dalam ope-rasi dan mereka dapat me-ngawal kebakaran sekitar jam 5.30 pagi sebelum memadamkan api sepenuhnya pada jam 6.22 pagi.
Pasukan penyiasat tiba      untuk siasatan punca ke- bakaran dan menghabiskan masa sepanjang pagi bagi  mengumpul bukti dari rumah yang terbakar.

Sunday, June 19, 2011

Berita dari Utusan Borneo Online

Pelajar universiti sesat ketika turuni Gunung Santubong

Posted on June 19, 2011, Sunday
KUCHING: Pendakian pertama sekumpulan lapan pelajar universiti ke Gunung Santubong menjadi igauan ngeri apabila sesat selama 17 jam ketika dalam perjalanan menuruni gunung tersebut.
Kumpulan tersebut yang terdiri daripada lima perempuan dan tiga lelaki dan berusia dalam lingkungan 21 dan 23 tahun memulakan perjalanan mereka pada jam 9 pagi dan sepatut-nya balik ke hotel tempat mereka menginap pada hari yang sama.
Sebelum membuat pendakian, pelajar-pelajar tersebut telah memberitahu pihak pengurusan hotel dan pihak polis tentang rancangan mereka untuk mendaki gunung tersebut.
Apabila kumpulan tersebut gagal kembali ke hotel sehingga jam 9 malam, salah seorang kakitangan hotel yang risau kemudiannya meng-hubungi salah seorang daripada mereka dan mendapat tahu bahawa kumpulan tersebut sesat akibat ke-adaan yang terlalu gelap.
Kakitangan tersebut kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pada kira-kira jam 11 malam, usaha pencarian dimulakan yang turut melibatkan orang kampung.
Kumpulan tersebut akhirnya di-temui dan dibawa menuruni gunung tersebut pada jam 2 pagi.
Ketika menceritakan apa yang  berlaku, salah seorang pelajar lelaki berkata pendakian mereka meng-ambil masa yang lebih lama apabila pelajar-pelajar wanita merungut  akibat kepenatan.
Menurutnya, ketika tiba di puncak dan selesai mengambil gambar, keadaan sudah hampir gelap dan keadaan menjadi semakin gelap apabila mereka bergerak menuruni gunung tersebut.
Sementara itu, salah seorang anggota penyelamat memuji tindakan pelajar-pelajar tersebut yang memberitahu pihak hotel dan pihak polis sebelum membuat pendakian.

Berita dari Utusan Borneo Online

Pusaka KTS mesra alam

by Ghaz Ghazali. Posted on June 18, 2011, Saturday

MENEPATI PIAWAIAN: Teng (kiri) menerima sijil ISO 14001 EMS daripada Kasvenda (kanan) dalam satu majlis di Bintulu sambil disaksikan oleh Edmund.
Satu daripada dua saja organisasi perhutanan terima Sijil Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001: 2004


BINTULU: Penganugerahan Sijil MS ISO kepada Pusaka KTS Forests Plantation Sdn Bhd (Pusaka KTS) semalam menandakan pencapaiannya sebagai satu daripada dua sahaja organisasi dalam sektor perhutanan yang telah menerima piawaian sedemikian.
Sijil Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) ISO 14001: 2004 disampaikan kepada syarikat pengurusan hutan tempatan itu di sini oleh Sirim QAS International Sdn Bhd (Sirim) dalam satu majlis yang diadakan di Kakus Kem C Pustaka KTS, kira-kira tiga jam pemanduan dari sini semalam.
Dalam ucapan alu-aluannya, Pengarah Pusaka KTS Teresa Tang berkata, selama ini isu alam sekitar telah menjadi isu antarabangsa yang menarik minat kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, aktivis alam sekitar dan rakyat jelata.
“Kesedaran mengenai alam sekitar telah dibangkitkan di banyak tempat di dunia, maka itu kami menyedari kepentingannya dan keperluan bagi kami untuk memainkan peranan.
“Justeru, idea untuk mendapatkan pensijilan ISO 14001 EMS merupakan salah satu keputusan terbaik yang telah dibuat oleh pengurusan tertinggi Pusaka KTS,” tegasnya.
EMS yang memenuhi syarat ISO 14001:2004 merupakan satu alat pengurusan yang membolehkan organisasi tanpa mengira saiz atau jenis untuk mengenal pasti dan mengawal impak daripada aktiviti, produk atau perkhidmatannya kepada alam sekitar, selain meningkatkan prestasinya berhubung alam sekitar secara berterusan.
Ia juga bertujuan melaksanakan pendekatan yang sistematik untuk menetapkan sasaran dan matlamat berhubung alam sekitar, seterusnya mencapai sasaran dan matlamat yang ditetapkan itu dan membuktikan bahawa ia sudah dicapai.
Bagi Pusaka KTS, pensijilan EMS dicapai di bawah skop ‘Operasi Penanaman Pokok Akasia, Pokok Kayu Putih, Pokok Getah dan Spesies Asal Lain’.
Mewakili SIRIM ketika menyerahkan sijil, wakil cawangan badan piawaian itu di Sabah dan Sarawak, Kasvenda Kassim yang menggariskan keperluan bagi syarikat dalam mana-mana industri untuk mendapatkan pensijilan ISO EMS.
“Walaupun ia bukan satu tuntutan undang-undang bagi sesebuah syarikat untuk mendapatkan pensijilan bebas bagi EMS, ia boleh membawa banyak faedah.
“Banyak organisasi mendapati semakin ramai pelanggan mereka yang mahu melihat bukti bahawa pembekal mereka memandang berat tentang tanggungjawab mereka kepada alam sekitar,” tambahnya.
Kasvenda menambah, dengan akreditasi ISO 14001 EMS, ia boleh juga membawa kepada faedah lain seperti pengurangan kos dalam pengurusan sisa, penjimatan dalam kepenggunaan tenaga dan bahan, kos pengedaran lebih rendah serta peningkatan dalam imej korporat di kalangan badan pengawal, pelanggan dan orang ramai.
Pendapat ini turut dirangsang oleh Organisasi Piawaian Antarabangsa (ISO) yang mendapati jumlah organisasi yang mendapat pensijilan piawaian EMS telah meningkat.
“Berdasarkan penemuan dalam tinjauan tahunan mengenai pensijilan piawaian yang dijalankan oleh ISO, sekurang-kurangnya 223,149 sijil ISO 14001 sudah dikeluarkan di 159 negara dan ekonomi, termasuk Malaysia, sehingga akhir Disember 2009,” ujar Kasvenda.
“Jumlah ini merupakan satu peningkatan sebanyak 34,334 atau 18 peratus daripada jumlah keseluruhan pada akhir Disember 2008,” katanya.
Sementara itu, Teng menegaskan bahawa Pusaka KTS akan terus mengukuhkan komitmen untuk menjadi sebuah syarikat perhutanan yang lebih mesra alam melangkaui pensijilan ISO 14001 EMS.
“Sasaran kami seterusnya adalah Indikator dan Kriteria Malaysia bagi Pensijilan Pengurusan Hutan (Ladang Hutan) atau MC&I.
“Saya percaya pensijilan ISO 14001 EMS ini sudah meletakkan asas yang kukuh bagi kami untuk terus maju dan memperolehi lebih banyak pencapaian pada masa depan,” katanya.
Selain Teng dan Kasvenda, turut hadir bagi penganugerahan sijil ISO EMS itu di sini adalah Penolong Pengurus Besar bagi Pembangunan Sumber Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak Edmund Daging Mangku

Berita dari Utusan Borneo Online

Pelaburan domestik perlu untuk capai matlamat negara berpendapatan tinggi

Posted on June 18, 2011, Saturday

KUCHING: Lebih banyak pelaburan domestik diperlukan bagi memastikan matlamat pembentukan negara berpendapatan tinggi dapat dicapai, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menurut beliau, harapan untuk menerima pelaburan asing ke dalam negara kini bukan strategi utama kementerian untuk memacu pertumbuhan ekonomi.
“Kerajaan kini menggalakkan pelaburan domestik untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.
“Tahun lepas kita mencatatkan RM29 bilion pelaburan asing dan pada suku pertama tahun ini kita menerima RM11 bilion.
“Meskipun pelaburan asing masih penting, idea asalnya membenarkan pelabur asing datang ke negara kita dan menerima manfaat berikutan kos buruh yang rendah dan subsidi tidak lagi wajar dijadikan strategi utama,” katanya pada majlis makan malam anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuching di sini, malam kelmarin.
Mustapa berkata kerajaan mensasarkan kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan pelaburan dalam sektor pembuatan disumbangkan oleh domestik, berbanding 38.3 peratus tahun lepas.
Sambil memberitahu bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lepas meningkat tujuh peratus, beliau yakin ekonomi Malaysia akan terus berkembang dalam suasana sihat.
“Prospek ekonomi Malaysia adalah baik dan kita memerlukan sektor domestik lebih aktif dan agresif pada tahun ini.
“Dengan lebih banyak pelaburan domestik, kita menjangkakan mampu mencatatkan pertumbuhan enam peratus KDNK setiap tahun mulai sekarang hingga 2020 apabila kita mencapai status negara maju,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata Kuching mempunyai prospek cerah menjadi pintu masuk bagi aliran bebas barangan dan perkhidmatan antara Malaysia dan Indonesia menerusi Kalimantan Barat, terutamanya di bawah Komuniti Ekonomi Asean.
Katanya, integrasi ekonomi yang rapat pada 2015 akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara kerana Sarawak mempunyai potensi besar dengan sumber tanah yang banyak serta minyak dan gas manakala ekonomi Kalimantan Barat, yang mengeluarkan emas dan minyak sawit sedang berkembang pesat.
“Kita memerlukan jiran yang baik dan makmur untuk menggalakkan lebih banyak pelabur rentas sempadan dari Kalimantan ke Sarawak dan sebaliknya bagi meningkatkan ekonomi rakan-rakan Asean kita,” katanya.
Terdahulu, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuching Datuk Wee Kok Tiong berkata pihaknya sentiasa menyokong kerajaan dalam usaha membangunkan ekonomi.
“Kami percaya kerajaan persekutuan akan terus memberi perhatian terhadap keperluan ekonomi Sarawak dan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dalam melaksanakan projek-projek pembangunan,” katanya.

Berita dari Utusan Sarawak Online(Bekas banduan dipenjara semula kerana curi rantai emas ibu)

MIRI: Seorang bekas banduan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret petang semalam kerana kesalahan mencuri seutas rantai emas kepunyaan ibu kandungnya.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Mohd Safuan Azhar setelah menimbangkan pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya, rekod kesalahan lampau tertuduh serta kepentingan awam.
Ketika membacakan keputusannya, Safuan berkata memandangkan ini adalah kesalahan kedua, adalah sewajarnya tertuduh dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu 10 bulan penjara sebagai pengajaran kepadanya.
Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa tertuduh baru sahaja dibebaskan dari penjara setelah menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana terlibat dalam kes pecah masuk kedai tahun lepas.
Wilson Janting Tiaw, 23, dari Bandar Baru Permyjaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 bulan dan denda, jika sabit kesalahan.
Menurut keterangan kes, pada 8 Jun lalu, pengadu Kanih Abeng telah membuat laporan polis di Balai Polis Lutong.
Dalam aduannya, pengadu mendakwa pada jam 6 petang hari sama, beliau mendapati seutas rantai emasnya telah hilang. Dia mengesyaki kecurian itu telah dilakukan oleh seorang anak lelakinya.
Pengadu telah memberitahu suaminya tentang kehilangan rantai emas itu dan serentak itu suami pengadu dengan dibantu menantunya telah mencari anak lelakinya itu dan berjaya menemukannya di kawasan berhampiran KFC E-mart di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas anaknya itu telah menjumpai rantai emas yang dikatakan hilang dan sejurus itu pengadu lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Sekitar jam 7 malam, 8 Jun lalu, polis berjaya menangkap tertuduh dan merampas rantai emas tersebut.
Siasatan polis mendedahkan tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan sering menimbulkan masalah dalam keluarga serta kerap mencuri barangan milik ahli keluarga mereka.
Dalam percakapan berhematnya yang dirakamkan polis, tertuduh mengaku mencuri rantai emas tersebut untuk digadai bagi mendapatkan wang untuk berjudi, membeli minuman keras dan dadah.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan.
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mizlan Abdul Ghani.

Berita dari Utusan Sarawak Online(Zulkifli Noordin : Saya Berdosa, Perdayakan Syeikh Yusof Al Qaradawi)


zulkipli nordin
Kelihatan Zulkipli Nordin bersama anuar dan keluarga
“Maksudnya beginilah”…kata YB Datuk Zulkifli Noordin yang nampak sangat ikhlas dan berterus terang … “kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik”, katanya ketika diwawancara AIDC, di Bangunan Parlimen, 14 Jun 2011.
“Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf”, kata bekas salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) yang telah menyesali segala perbuatannya melakukan kesilapan semata-mata untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selalunya lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi dan tidak mahu mengakui kesilapan yang telah dilakukan, namun berlainan dengan Zulkifli Noordin, beliau mengakui kesilapannya dan berusaha mencari dan memohon maaf kepada setiap manusia yang telah dipedayakannya.
Malah beliau pernah memohon maaf kerana melakukan kesilapan semasa ucapan di Parlimen, dan berharap kesilapan yang sama tidak dilakukan oleh rakan-rakannya yang lain.
Ini merupakan episod terakhir wawancara bersama Zulkifli, satu sesi temu bual yang sangat bermakna dan pendedahan maklumat sebenar yang belum terdedah selama ini.
Ikutilah wawancara itu sepenuhnya.
AIDC : Saya difahamkan Dr Yusuf Qardhawi mengatakan Anwar tidak bersalah dan minta kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah dan YB sendiri ada dalam pertemuan tersebut ?

Apabila Syeikh Yusuf Qardhawi datang, seperti yang saya sebut tadi, kita peguam, saya antara peguam, yang diminta supaya memberi taklimat kepada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang isu Qazaf.

Kita punya perancangan pada masa itu, adalah mahu mendapatkan daripada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang fatwa atau pendapatnya tentang isu Anwar iaitu isu Qazaf.
Jadi, sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi.
Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya, (misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat.
Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf.
Adakah ini dirancang oleh Anwar ?
Kita atur. Memanglah kita atur. Kita atur supaya keluar daripada mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, ini fitnah..ini Qazaf, kita nak (yang) itu.
Jadi, saya main peranan beri gambaran kepada Syeikh Yusuf Qardhawi bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998, ini fitnah, dituduh Anwar meliwat, gini-gini.
Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu pasti dia akan (kata fitnah dan Qazaf).
Dan apa yang kita plan itu, menjadi lah.
Maksudnya Syeikh Yusuf Qardhawi tidak diberi gambaran yang jelas?
Maksudnya begini lah… kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik.
Sebab kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah.
Kita tidak beri gambaran (sebenar), iaitu (Saiful) ini kakitangan dia mengadu diliwat oleh Anwar. Kita tidak beritahu kepada Syeikh Yusuf Qardhawi ada DNA, ada itu..(ada) ini, kita tidak pernah beritahu (semua itu).
Kita tidak beritahu dia (Qardhawi), bagaimana kalau tidak boleh (kena) hudud tetapi boleh dita’zirkan. (Itupun) Kalau kita betul-betul orang yang mahu hukum Islam.
Tujuan kita masa itu, nak dapatkan daripada ulama besar ini, satu ayat daripada mulut dia, (iaitu) isu Anwar ini (adalah) isu fitnah, kena Qazaf. Itu yang kita buat.
Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf.
Sebab itu saya buat ucapan dalam Parlimen, kita dah buat silap dan saya minta rakan-rakan yang lain supaya jangan terus buat kesilapan yang sama.
Alhamdulillah, Allah sedarkan saya. Saya masih berkesempatan jumpa orang tertentu dan minta maaf. Dan saya dah buat.
Antara orang yang perlu saya jumpa ialah Syeikh Yusuf Qardhawi. Kalau lepas itu, Syeikh Yusuf Qardhawi, mungkin daripada maklumat sumber lain pula, masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah.
Tapi, saya antara orang yang terlibat secara direct untuk mendapatkan fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi, yang saya percaya kita merancang untuk perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya keluarkan fatwa itu.
Saya bertanggungjawab untuk jumpa dia balik perjelaskan dan perbetulkan keadaan. Kalau (masih) boleh diperbetulkan. Kalau dia tidak mahu perbetulkan, itu tanggungjawab dia. Sekurang-kurangnya saya sudah cuba perbetulkan kesilapan saya.
Kenapa Anwar perlu fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi dalam kes liwat ini, (adakah) dia sendiri tiada perlindungan dalam dirinya sendiri ?
Sebab Anwar ini, dia faham mentaliti orang Melayu ini simple.
Saya pernah sembang dengan Anwar, dululah. Dia kata, Syeikh..orang Melayu ini, kalau hang keluar tv (televisyen) dia percayalah.
Sebab orang Melayu ini, (seandainya) “ustaz tv” keluar itu, (maka) betul lah itu.
Kalau kita bergaduh atau bertekak dengan orang Melayu, dia akan kata, hang siapa ? Ustaz tv (itu) kata…dia ambil (pendapat) ustaz tv. Ustaz tv ini kira hebat.
Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Syeikh Yusuf Qardhawi, boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia (akan) gunalah.
Anwar ini, dia akan guna siapa sahaja, siapa sahaja yang boleh membawa kepentingan kepadanya. Kalau esok (sudah) tidak ada guna, dia (akan) tendang begitu. Mudah.
Tahun 1998, Anwar menggunakan Datuk Dr Harun Din. 2008 menggunakan Syeikh Yusuf Qardhawi, kenapa tidak menggunakan Datuk Dr Harun Din lagi?

Tahun 1998, saya peguam yang menonjol, dilihat sebagai orang yang menjuarai isu anti-murtad. Dan antara orang yang saya kritik masa itu ialah Anwar Ibrahim.
Sebelum pemecatan dia, sayalah orang yang kuat mengkritik dia sebab tak buat apa-apa. Kau dah jadi Timbalan Presiden, beriya-iya berkhutbah ke sana-sini, tapi dalam isu murtad tidak buat apa-apa.
Baik.. Saya sudah ada program ceramah apa semua nak buat (pada masa itu). Apabila berlaku kes Anwar Ibrahim, saya ingat lagi, dia dipecat, 2 September 1998.
Sebenarnya, 11 September 1998, saya sudah ada satu jadual Ceramah Perdana di Darul Syifa, tempat Harun Din.
Anwar tahu (semua) itu, dia panggil saya. Dia kata, hang ada ceramah dengan Harun Din. (saya jawab) Aa’ha, (ceramah) besar. Memang dah (lama) plan dah.
Memang (ceramah itu) besar dan sudah diwar-warkan sebelum Anwar kena pecat yang saya akan ada Ceramah Perdana dengan Datuk Dr Harun Din di situ.
Jadi, memang orang akan datang ramai, memang masa itu kalau ceramah (orang datang) ramai.
Apabila dia (Anwar) dapat tahu itu, kita bincang. Kita kata kita kena dapat endorsement ulama. Jadi, macam mana itu ?
(Kata Anwar) Minta kat Datuk Dr Harun Din, boleh tak saya (Anwar) datang hari itu. Saya nak datang, saya nak (beri) ceramah.
Dan sayalah orang yang bodoh (ini) pergi lah telefon Harun Din.
Saya beritahu Harun Din, Datuk minta maaflah, kita punya ceramah ini jalan (seperti dijadual). Tapi, Datuk Seri (Anwar) minta nak ceramah hari itu. Nak jumpa Datuk, boleh tak.
Datuk Harun Din kata ya, sebab saya yang minta. Saya orang yang dijadikan tamu utama, ceramah utama, saya yang minta, Datuk Harun Din bagilah.
Betul ke ni ? dia (Harun Din) kata. Betul Datuk.
(Kami) Pergi malam itu. Kalau saudara tengok balik gambar yang jumpa Datuk Dr Harun Din, sayalah yang kat depan itu. Betul-betul duduk kat depan Harun Din, pegang kaki begini…bercerita kat Datuk Harun Din, Anwar kena fitnah, apa semua.
Saya nampak di muka Harun Din tidak senang.
Dengan keadaan (muka tidak senang) itu ?
Aaa..dia (Harun Din) tidak senang nak libatkan dia. Dalam keadaan masa itu, anak dia nak kahwin. Dia tidak berapa nampak senang.
Dan dia beritahu kat Anwar, dia kata, enta berani bersumpah? Berani bersumpah enta tak buat ini?
Anwar kata, ana berani bersumpah, tetapi (pada malam itu Anwar) tidak bersumpah. Dia cuma cakap ana berani bersumpah, nanti ana bersumpah.
Lepas itu ada ulama-ulama Kedah. Saya ingat lagi ada ulama Kedah, antaranya Syeikh Ustaz Niamat.
Saya pergi jumpa, sebab saya baru lepas ceramah di Pondok Nerang, (bersama) Ustaz Nik Mat. Pergi jumpa (dia), cerita…cerita, macam saya buat dengan Syeikh Yusuf Qardhawi…sama saja.
Tapi masa itu, kita hero. Pergi jumpa, Anwar pun pergi jumpa dia orang. Itu yang berlaku tahun 1998.
Saya juga antara orang yang ke depan masa itu termasuk dengan Syeikh Yusuf Qardhawi sekarang. Dosa tu banyak.
Katanya Anwar bersumpah di Johor dan Masjid Negara?
Tak.. Tak… Itu tidak betul.
Dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Batu Pahat masa itu, ke rumah Lokman Noor Adam. (Sebab) Kita (ada) ceramah di rumah Lokman Noor Adam.
Anwar minta saya telefon Allahyarham Datuk Ishak Baharom. Saya rapat dengan mereka.
Saya kata, nak buat apa (telefon Datuk Ishak). Dia (Anwar) kata, (dia mahu) minta Datuk Ishak Baharom sokong dia.
Ish..macam mana, kan.
Saya pun telefon. Saya tanya Datuk Ishak Baharom, macam mana ini… begini..begini. Datuk Ishak Baharom kata, sumpah lah.
Sumpah?
Suruh dia (Anwar) sumpah. Sumpah mubahalah. Silapnya dia orang buat sekarang ini, dia orang dok sebut sumpah laknat, bagi label sumpah laknat. Jangan sebut sumpah laknat, itu sumpah mubahalah.
Sumpah ini kan macam-macam sumpah. Tu Anwar boleh angkat sumpah dalam Parlimen. Boleh angkat sumpah semasa nak pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Boleh angkat sumpah, sekarang tak boleh pula.
Datuk Ishak Baharom, saya ingat lagi. Saya dalam kereta masa tu, saya dengan dia saja. Saya, Anwar, guard (tak ingat siapa) kat depan, lepas tu pemandu..kereta Toyota Estima.
Saya pasang speaker phone, saya suruh dia (Anwar) dengar apa Datuk Ishak Baharom cakap.
Datuk Ishak Baharom kata, suruhlah dia sumpah. Anwar dengar, dia tak bercakap.
Dia tak bercakap?
Dia tak bercakap. Sebab Datuk Ishak Baharom dengan Anwar pun tak berapa (hubungan tidak baik). Jadi, dia kata, sumpah saja lah. Lepas letak telefon tu, dia bercakap dengan saya.
Emm..hari itu pun Datuk Harun Din suruh sumpah, you tak sumpah-sumpah lagi..saya yang cakap.
Kat Batu Pahat itu dia pergi, dia sumpah. Tapi sumpah temberang dia lah. Demi Allah, saya tak buat apa yang mereka sebut.
Tak spesifik?
Tak spesifik kepada tuduhan dia meliwat Azizan, tak.
Tak ada Wallahi, Wabillahi, Watallahi?
Tak ada. Tapi saya tak buat apa depa kata. Apa dia depa kata, rasuah ke, salahguna kuasa ke, terlalu terbuka.
Tapi, geng termasuk sayalah dulu kan, bodoh..pergi cerita, Anwar dah sumpah dah. Bukan sumpah tu.
Termasuk di Masjid Negara?
Sama. Saya duduk sebelah dia masa tu. Kita dok (suruh) ni, sumpah la..sumpah la. Tak sumpah.
Dari dulu sampai sekarang Anwar tak bersumpah?
Tak ada. Anwar tak pernah bersumpah sebenarnya.
Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri dah kata lama kita dok tunggu sumpah ni.
Betul tu. Anwar tak pernah bersumpah kecuali sumpah angkat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Sepatutnya kita sebagai orang Islam, kita mula tanya sekurang-kurangnya, percaya tak percaya itu satu hal.
Sekurang-kurangnya itu satu isyarat untuk kita tanya. Apa liat sangat. Apa liat sangat nak bagi DNA, apa liat sangat nak bagi jam Omega.
Benda tu, kita percaya tak percaya itu satu hal, tapi sekurang-kurangnya tanyalah.
Saya nak ulang lagi sekali. Jangan buat kesilapan kami dulu, tak tanya, langsung tak tanya. Itu kesilapan besar kita.
Katanya YB berjumpa dengan Sukma di Indonesia. Betulkah?
Saya kan lawyer Sukma. Saya berinteraksi dengan Sukma ni keraplah. Dan saya ada pegang satu benda berkaitan Sukma ni. Tiba satu masa nanti, saya akan bagitahu. Tak usah tanyalah soalan tu, saya akan bagitahu.
Bagaimana pula dengan Wan Azizah?
Pada saya, Wan Azizah tahu. Wan Azizah tahu siapa dia Anwar Ibrahim. Dia tahu perangai Anwar Ibrahim cuma Wan Azizah ni dia agenda dia sendiri. Yang tiba masanya nanti kita akan bagitahulah.
YB rapat dengan Wan Azizah?
Saya antara orang yang rapat. Saya kitchen cabinet Wan Azizah dulu. Memang betul-betul kitchen cabinet sebab duduk kat kitchen.
Selalu sembang, dia pernah menangis depan kita, dia pernah ketawa depan kita, pernah bercerita depan kita, pernah mengadu depan kita, pernah merintih depan kita, banyak benda.
Sebab tu saya sebut pada Wan Azizah bila dia buat statement saya keluar PKR, dia kata saya ni tak ada berjasalah, apa benda. Saya cakap kat Wan Azizah, Kak Zah tahu apa yang saya tahu, janganlah paksa saya buat sesuatu yang suatu hari nanti Kak Zah sendiri akan susah. Kita tahu.
Saya tak mahu bergaduh dengan Wan Azizah, saya hormat dia, malahan saya kasihan dengan dia. Saya simpati sangat dengan Wan Azizah ni.
Cuma saya tak mahu ambil sikap nak berperang dengan Wan Azizah. Itu bukan musuh kita, musuh kita Anwar Ibrahim.
Cuma kita harap, Wan Azizah akan sedarlah.
SUMBER: ANWARAIDS

Berita dari Utusan Sarawak Online(Amanah Warisan pulihara koleksi keluarga Brooke)

KUCHING: Pengerusi Amanah Warisan Brooke James Lionel Brooke berusaha memulihara dan mengekalkan koleksi keluarga Brooke dalam bentuk artifak sejarah serta dokumen berkaitan Rajah Brooke.
Sehubungan itu Brooke kini turut berusaha gigih memberi kepada Kerajaan Sarawak koleksi Brooke yang dimiliki oleh keluarganya.
Beliau adalah anak kepada mendiang Rajah Muda Anthony Brooke dan cucu kepada Rajah Sir Charles Brooke yang tinggal di Astana, Kuching sebelum berpindah ke England semasa era penaklukan Jepun pada Disember 1941.
‘Ia merupakan pengalaman menarik ketika berada di Astana dan Fort Margherita,” kata Brooke.
Brooke yang berada di Kuching dalam kunjungan selama dua minggu, telah berada di sini sejak 4 Jun dan melawat beberapa tempat bersejarah seperti Kuil Hindu di Gunung Matang dan Vila Charles Brooke.
James Lionel Brooke (tiga kiri), Jason Desmond Brooke (dua kiri) ditemani Chan (kanan) ketika berada di Galeri MBKS bersama Lim.

Mereka turut dibentangkan dengan pelan Muzium Warisan Maritim Brooke Dockyard serta cadangan bagi pembangunan warisan di Bukit Serumbu.
Pada 8 Jun lepas, mereka turut merasmikan pameran di Pustaka Negeri yang bertajuk ‘Remembering Anthony’ yang menampilkan sejarah kehidupan serta sumbangan mendiang Rajah Muda Anthony Sarawak.
Bapa dan anak itu juga diberi peluang untuk melawat Kubu Alice di Sri Aman dan Kubu Lily di Betong sebelum mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Khamis lepas.
Dalam kunjungan hormat terhadap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) James Chan di pejabatnya di sini, semalam Brooke turut ditemani cucunya Jason Desmond Brooke.
“Saya diterima baik oleh rakyat Sarawak dan saya gembira dengan pembangunan yang sedang berjalan,” kata Brooke.
“Saya amat gembira melihat bangunan di sepanjang tebingan Kuching masih dikekalkan seperti pusat bangunan Kompleks Pelancongan dan kraf tangan,” kata Jason yang tidak asing lagi dengan bandar raya Kuching.
Pada masa yang sama mereka turut melakukan kunjungan hormat ke galeri MBKS sambil diberi taklimat oleh  Chan yang menunjukkan koleksi dan gambar tahun 50-an.
Turut hadir Penasihat Pertubuhan Pelancogan Sarawak Lim Kian Hock.
“Ia menjadi satu penghormatan buat MBKS dengan kunjungan yang dilakukan oleh anak dan cucu mendiang Rajah,” kata Chan.

Saturday, June 18, 2011

Berita dari Utusan Sarawak Online(Sarang perjudian tumpas)

KUCHING: Polis negeri berjaya bertindak cemerlang dengan menumpaskan aktiviti dan sebuah sarang perjudian dan turut merampas wang tunai berjumlah RM117,403 dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Jalan Sekama, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, SAC Huzir Mohamed memberitahu dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian D7 itu, seramai 20 orang telah berjaya ditangkap.
“Satu serbuan yang telah dibuat oleh pasukan JSJ D7 IPK (ibu Pejabat Kontingen) Sarawak iaitu pada 15 Jun jam lebih kurang 12.20 tengah malam di mana mereka telah membuat serbuan di sebuah unit tingkat satu rumah kedai di Jalan Sekama.

Huzir menunjukkan barang rampasan termasuk wang tunai RM117,403 dan revolver buatan sendiri (gambar sisipan) dalam sebuah serbuan melibatkan kes judi semalam.
“Seramai 20 orang telah ditangkap iaitu sebanyak empat orang wanita dan 16 lelaki semuanya warga tempatan kerana disyaki berjudi jenis ‘see key phoi”.
“Hasil daripada pemeriksaan yang telah kita buat, kita telah merampas wang tunai RM117 403 daripada pemain-pemain dan sejumlah 146 cip perjudian turut dirampas di mana cip-cip tersebut diberikan nilai antara RM10 hingga RM10,000,” jelas Huzir.
Beliau mendedahkan perkara tersebut pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam.
Menurut beliau lagi, kesemua yang ditangkap adalah berbangsa Cina dan berusia dari 25 hingga 50 tahun.
“Kesemua mereka telah dibawa di Balai Polis dan kemudian diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan lanjut.
“Hasil risikan polis dan hasil maklumat orang awam, serbuan ini telah berjaya dilakukan dan ia merupakan salah satu serbuan yang cemerlang terhadap jenayah judi pada tahun ini,” katanya lanjut.
Beliau semalam turut memberi peringatan bahawa pihak polis sentiasa bertindak tegas dalam menangani jenayah judi di negeri ini.
Dalam pada itu, dalam sebuah kes yang berasingan, pihak polis telah menjumpai sepucuk revolver buatan sendiri dan tiga butir peluru jenis 0.38 serta sebilah samurai dalam satu serbuan di sebuah flat di Jalan Arang pada Selasa lepas.
Menurut Huzir, seramai tiga orang yang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan berumur dalam lingkungan 28 hingga 48 telah ditangkap.
“Hasil semakan rekod oleh pihak polis mendapati kedua-dua suspek lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau di mana masing-masing pernah didakwa di bawah Seksyen 380 Kanan Keseksaan iaitu curi dalam bangunan dan juga kesalahan di bawah akta dadah berbahaya.
“Polis juga membuat saringan ujian dadah terhadap mereka berdua dan didapati poitif dadah jenis Amphetamine,” tegasnya.
Menurut beliau lagi, hasil tangkapan tersebut, pihak polis akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api dan Seksyen 7 (1) Akta Bahan Hakisan dan Senjata Berbahaya untuk senjata jenis samurai.
“Kita akan meneruskan siasatan kita bagi menentukan apakah tujuan kedua-dua suspek ini memiliki pistol tersebut dan di mana suspek memperolehi senjata berkenaan,” katanya sambil menambah kesemua yang ditahan adalah Bumiputera.

Berita dari Utusan Sarawak Online(Pelajar mati lemas, rakan berjaya diselamatkan JPAM)

MIRI: Kegembiraan sekumpulan 11 pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini yang mandi-manda di kawasan Marina Bay berhampiran muara Sungai Miri petang Rabu lalu bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas. Mayat mangsa, Kenneth Sirai, 15, telah ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan ter-babit sekitar jam 12.25 tengah hari oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Menurut sumber, sebelum kejadian yang berlaku sekitar jam 3 petang itu, mangsa yang merupakan pelajar sesi petang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Columba telah pergi ke kawasan Marina Bay bersama 10 rakan yang lain untuk mandi-manda.
Ketika sedang mandi sambil berenang di kawasan Kuala Sungai Miri, mangsa dan seorang lagi rakan sekolahnya, Morison Kudi Silau, 13, dikatakan menghadapi kesukaran berenang berikutan keadaan arus deras dan ombak besar.
Melihat keadaan kedua-dua mangsa yang terkapai-kapai dan hampir lemas, beberapa orang rakan yang berada di kawasan tebing kemudian segera meminta bantuan daripada seorang lelaki, Zaini Abdul Razak, 47, yang ketika itu sedang memancing di kawasan berhampiran.
Serentak itu, lelaki terbabit lalu menghubungi talian kecemasan 911 untuk meminta bantuan segera.
Dalam pada itu, menurut Zaini, sebelum kejadian dia ada ternampak sekumpulan remaja lelaki mandi-manda tidak jauh dari tempatnya memancing.
Tidak lama kemudian katanya, beliau didatangi beberapa orang remaja terbabit yang meminta bantuan untuk menyelamatkan dua rakan mereka yang hampir lemas.
“Sambil berlari ke arah saya, remaja terbabit menjerit…pakcik..tolong kami, kawan saya kena tarik ke laut,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo petang semalam.
Sejurus itu, beliau lalu berlari ke tempat kejadian dan setiba di sana, dia nampak kedua-dua mangsa sedang terkapai-kapai di tengah laut sambil dihanyutkan arus deras.
“Sementara menunggu pasukan penyelamat tiba, saya cuba berenang ke arah kedua-dua mangsa yang dilihat masih berpegangan tangan namun terhalang berikutan permukaan sungai dipenuhi reja-reja kayu dan sampah-sarap yang hanyut,” katanya yang juga merupakan seorang jurulatih tenis sambilan.
“Sebaik anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba di tempat kejadian, saya meminta kebenaran untuk ikut serta menyelamatkan mangsa. Bagaimanapun, pasukan penyelamat hanya berjaya menyelamatkan rakan mangsa (Morison), manakala mangsa yang terlepas dari pegangan rakannya itu terus hilang dibawa arus,” jelasnya.
Serentak itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan dengan bantuan pihak polis serta anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri.
Ketika ditemui tengah hari semalam, mayat mangsa yang dalam keadaan bogel didapati tersangkut di celah-celah batu berhampiran muara sungai Miri di sini.
Mangsa yang menuntut di tingkatan tiga sekolah berkenaan, merupakan anak kedua dari tiga orang adik-beradik.

Berita dari Utusan Borneo Online

Festival Pulut Panggang Sibu 2011 pada Sabtu ini

Posted on June 16, 2011, Thursday
KUCHING: Orang ramai terutamanya dari sekitar bandar Sibu adalah dipelawa untuk hadir memeriahkan Festival Pulut Panggang Sibu 2011 yang akan diadakan pada 18 Jun (Sabtu) ini bertempat di Medan Selera Taman Harmoni, Sibu.
Menurut kenyataan akhbarnya pelbagai aktiviti se-perti pertandingan memasak pulut panggang, aktiviti jualan dan hiburan akan diadakan pada program yang bermula dari jam 2 petang itu nanti.
Festival yang julung kalinya diadakan itu adalah bertujuan mempromosi salah satu makanan tradisional popular di bandar Sibu iaitu pulut panggang di samping antara usaha membantu peniaga tempatan mengkomersialkan produk-produk mereka.
Program itu merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Taman Selera Harmoni, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Datu, Sibu dan Kayla Photography & Event Entertainment Home dengan syarikat Liansin Trading Sdn Bhd menjadi penaja utama.
“Sibu, terutamanya sekitar kawasan Kampung Datu sememangnya popular dengan pulut panggangnya, justeru bagi acara pertandingan me-masak pulut panggang pula, penyertaan masih terbuka kepada sesiapa yang berminat kerana pelbagai hadiah menarik tajaan Liansin Trading Sdn Bhd akan diberikan kepada pemenang dan setiap peserta yang terlibat,” katanya.
Selain itu juga, Liansin juga akan membantu pemenang-pemenang melalui promosi di media cetak tempatan.
Antara akviti yang bakal menjadi perhatian sempena festival ini nanti ialah penghasilan pulut panggang terbesar oleh setiap peserta.
Untuk maklumat lanjut atau bagi yang berminat menyertai pertandingan ini, bolehlah menghubungi Abdul Raymond Syah di talian 019-8272021 atau  Abdul Taib di talian 013-5652012.
“Borang juga boleh didapati di Gerai No. 40 (Rosbee CafĂ©) di Taman Selera Harmoni,” katanya.