SHAH ALAM 5 Julai - Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) mahu pihak polis mengambil tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur perhimpunan haram Sabtu ini jika situasi menjadi mendesak dan mencabar.
Pengerusi yayasan itu Tan Sri Samsuri Arshad, yang merupakan bekas timbalan ketua polis negara berkata, tindakan itu wajar diambil sekiranya polis mempunyai maklumat risikan yang mengatakan terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara.
“Pengaman yakin polis mempunyai maklumat risikan yang lengkap mengenai kekacauan, keganasan dan kemusnahan, yang mungkin berlaku jika perhimpunan haram ini dibenarkan, terhadap keadaan keselamatan negara dan ketenteraman awam.
“Ini bagaimanapun terpulang kepada budi bicara polis yang berasaskan kepada risikan khas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Samsuri percaya polis telah bertindak berdasarkan alasan munasabah apabila tidak meluluskan permit untuk perhimpunan itu diadakan setelah mengambil kira maklumat risikan mengenai trend keselamatan di dalam dan luar negara. - Bernama
LOGO Tigernews

TIGERNEWS NEWS in THE WORLD
Welcome
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG TIGERNEWS
PASTIKAN ANDA BERPUAS HATI DENGAN BLOG INI
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD SISIPAN BERITA ONLINE
PASTIKAN ANDA BERPUAS HATI DENGAN BLOG INI
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD SISIPAN BERITA ONLINE
Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts
Tuesday, July 5, 2011
36 bom petrol dirampas, dipercayai ada kaitan dengan Bersih
Oleh AZIAN ABD. AZIZ
SHAH ALAM 5 Julai – Polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat sini, malam semalam, disyaki berkaitan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu ini.Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang Bersih 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang kesemuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat. – Utusan
Elakkan dari berlaku perang saudara. - Tigernews
Labels:
Utusan Malaysia
Location:
Saratok, Sarawak, Malaysia
Monday, July 4, 2011
‘Ambiga jangan fikir kuat’
(Sumber Unit Warta Nasional Tigernews)
Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my
Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my
![]() |
NAJIB Tun Abdul Razak bersama Ahmad Zahid Hamidi dan Mustapa Mohamed menunjukkan tanda 1Malaysia setelah memotong kek 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, Pasir Puteh, semalam. – MINGGUAN MALAYSIA/ROSNI MASRI |
PASIR PUTEH 2 Julai – “Ambiga jangan fikir kuat sangat.” Demikian peringatan keras Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu ini.
Perdana Menteri berkata, majoriti rakyat, termasuk lebih 20,000 yang hadir pada Majlis Bersama Rakyat di padang Sekolah Kebangsaan Sri Aman dekat sini, menentang sebarang tindakan pihak terbabit untuk mencetuskan kekecohan di ibu negara sehingga boleh menjejaskan keamanan dan ekonomi negara.
Katanya, sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, beliau boleh mengarahkan ahli-ahli parti untuk berdepan dengan kumpulan tersebut tetapi tidak berbuat demikian kerana mengambil kira kesan buruk yang mungkin berlaku.
Katanya, jika kacau-bilau berlaku, keadaan itu akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu dalam membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini, tetapi hendak dirosakkan oleh Ambiga.
“Jadi, Ambiga janganlah fikir kuat sangat, kita kenal siapa Ambiga. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita simpan kuku kita dulu, kita jangan hunus keris kita sebab kalau ambo (saya) bagi isyarat, semua boleh pakat-pakat turun.
“Kita jangan (turun), sebab kita tidak mahu ada perbalahan terbuka dalam negara sebab bila ada demonstrasi jalanan, mungkin ada orang yang tidak boleh kawal perasaan, boleh timbul huru-hara dalam negara.
“Kita sudah payah bina negara, pemimpin dulu kerja sampai mati nak bangunkan negara, nak jadi Malaysia negara contoh, pemimpin dulu banyak berjasa sebab itu kita hidup dalam negara aman damai. Tapi Ambiga nak rosakkan ini semua,” katanya berucap pada Majlis Bersama Rakyat itu di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO bahagian, Zawawi Othman.
Menurut Perdana Menteri, matlamat perhimpunan haram itu bukan untuk membersihkan pilihan raya, kerana ternyata Pas boleh memerintah Kelantan lebih 21 tahun dan pembangkang menang di lima negeri pada pilihan raya umum lalu.
Katanya, keadaan itu menunjukkan demokrasi di negara ini adalah lebih baik dan tidak sama seperti di negara Asia Barat seperti Mesir, di mana parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.
Justeru, beliau pelik dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sanggup bersekongkol dengan Ambiga dalam gerakan itu bagi merosakkan keamanan negara.
Ini kerana katanya, Ambiga merupakan orang yang cuba mengganggu-gugat Islam, dan UMNO serta BN mesti menegakkan kebenaran.
“Apa sudah jadi dengan pemimpin Pas,” soalnya sambil mengingatkan rakyat dalang paling besar di sebalik perhimpunan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, beliau yang melihat angin perubahan sedang bertiup di Kelantan, menyatakan janji BN untuk membawa pembangunan ke negeri ini sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada parti itu.
Labels:
Utusan Malaysia
Location:
Saratok, Sarawak, Malaysia
Friday, July 1, 2011
Tidak tunduk desakan Bersih
(Sumber Warta Nasional Tigernews)
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
utusansabah@utusan.com.my
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
utusansabah@utusan.com.my
![]() |
NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 10,000 masyarakat di sekitar pekan Inanam, Kota Kinabalu, semalam, ketika mengadakan tinjauan mesra ‘walk about’ sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Sabah. – BERNAMA |
SIPITANG 30 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan tidak akan mengadakan pilihan raya umum lebih awal hanya kerana ingin memuaskan hati Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendesak sebuah pilihan raya bersih diadakan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak tertakluk dan akan tunduk kepada kumpulan itu kerana segala tuntutan mereka sebenarnya telah pun dijawab oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Ia hanya alasan Bersih kerana motif sebenar mereka adalah politik setelah bimbang melihat momentum sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang semakin meningkat.
“Jadi, mereka kena cetuskan sesuatu dan berharap akan berlaku sesuatu supaya boleh menuduh kerajaan zalim kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Festival Gasing dan Tamu Besar Sipitang 2011 dan Esplanad Sipitang di sini, hari ini.
Terdahulu, Najib dalam ucapannya berkata, kumpulan Bersih bukannya mewakili suara majoriti, tetapi sebaliknya membawa agenda peribadi pemimpin tertentu pembangkang.
“Kalau diikutkan UMNO mempunyai tiga juta ahli, tidak ditambah dengan ahli parti-parti komponen BN lain.
“Mereka ini hanya menunggu isyarat sahaja untuk turut turun membanjiri Kuala Lumpur. Tetapi ini bukan cara kita untuk menyelesaikan masalah kerana kita mempunyai saluran terbaik lain,” katanya.
Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan minimum sebanyak RM30 juta bagi membina Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang bagi menggantikan bangunan lama yang uzur.
Beliau juga meluluskan peruntukan segera sebanyak RM2.7 juta bagi menggantikan bumbung esplanad yang lebih berkualiti bagi menggantikan bumbung lama yang rosak dan mudah diterbangkan angin apabila angin ribut.
Ditanya mengenai gurauannya semasa pertemuan tertutup bersama Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen BN Sabah semalam bahawa lawatannya itu merupakan yang kali terakhir sebelum pilihan raya umum, Najib berkata, semua pihak tidak perlu mengambilnya dengan serius.
Beliau berkata, sesuatu pilihan raya bukannya perkara senang kerana ia amat perlu dibuat pertimbangan yang semasak-masaknya sebelum keputusan dibuat.
“Ia hanya gurauan, apa yang saya tekankan semalam adalah supaya semua pihak menguatkan persiapan jentera masing-masing termasuk menyelesaikan segala masalah dalaman yang berlaku dalam bahagian.
“Saya juga mengingatkan para pemimpin supaya mengutamakan kepentingan parti melebihi keperluan agenda atau lebih tepat lagi mendahulukan rakyat dalam segala perkara,” katanya.
Labels:
Utusan Malaysia
Location:
Saratok, Sarawak, Malaysia
Tidak rela BN menang tipu
(Sumber Warta Nasional Tigernews)
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM dan ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
utusansabah@utusan.com.my
utusansabah@utusan.com.my
![]() |
NAJIB Tun Razak diberi sambutan hangat oleh orang ramai ketika menghadiri Majlis Jamuan 1Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, malam tadi. - BERNAMA |
KOTA KINABALU 29 Jun - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak rela melakukan penipuan dengan menggunakan taktik kotor demi mendapat kemenangan hampir 100 peratus dalam pilihan raya.
sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau mahukan kemenangan BN berpaksi dan berlandaskan kepada perasaan senang hati rakyat kepada parti dan bukan sebaliknya.
"Terdapat sesetengah kerajaan mendapat kemenangan sehingga 95 peratus dalam pilihan raya. Saya pun suka kalau dapat kerana jika boleh saya pun mahukan angka 95 peratus itu. Tetapi saya tidak rela dapat sokongan besar atas penipuan.
"Saya mahu BN menang kerana rakyat senang dengan kita, sebab itulah pada setiap masa kita sanggup berhadapan dengan pembangkang (setiap pilihan raya)," katanya ketika berucap sempena Jamuan 1Malaysia di Padang Merdeka di sini, malam ini, yang dihadiri lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum dan etnik.
Sambil menyelar tindakan pembangkang yang cuba merampas kuasa melalui demonstrasi jalanan, beliau berkata, BN setiap kali tiba pilihan raya akan menyerahkan sepenuhnya nasib untuk ditentukan oleh rakyat.
"Demonstrasi jalanan, rusuhan dan konflik dalaman bukan jawapannya kerana ia jelas tidak menghormati keputusan rakyat. BN serah nasib kepada rakyat.
"Kita tidak akan sama sekali menyerahkan nasib kepada demonstrasi jalanan atau sebarang usaha yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara," katanya.
Sementara itu, Najib mengingatkan rakyat supaya tidak mengambil mudah faktor keamanan, perpaduan dan kesejahteraan yang dinikmati sekarang kerana ia boleh berubah menjadi buruk dalam sekelip mata sekiranya tersilap percaturan.
Ini kerana, jelas Perdana Menteri, senjata utama pembangkang ialah menabur janji, bukan setakat bulan dan bintang, tetapi juga sistem galaksi kepada rakyat.
"Janji demi janji (dibuat) kerana mereka tahu ia tidak perlu ditunaikan. Amat senang tabur janji semasa tidak berkuasa, tetapi tengoklah apa yang dibuat setelah berkuasa.
"Jika kita buat penilaian yang betul, sudah tentu kita tahu bahawa tiada pihak lain yang boleh menjamin masa depan rakyat melainkan kerajaan BN," katanya
Wednesday, June 29, 2011
Najib ajak umat Islam hayati Israk Mikraj
(Sumber Warta Nasional Tigernews)
KUALA LUMPUR 28 Jun - Umat Islam diseru menghayati dan menginsafi peristiwa Israk Mikraj yang terkandung di dalamnya pelbagai pengajaran khususnya berkaitan dengan pelaksanaan ibadat solat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ibadat solat mesti dititikberatkan sebagai wahana membentuk keunggulan peribadi Muslim dan tonggak kekuatan umat Islam.
Menurut beliau, keperibadian unggul umat Islam akan melahirkan semangat perpaduan yang akan menatijahkan keamanan sesebuah negara.
''Tanpanya, maka individu Muslim akan lemah, sentiasa sukakan perpecahan dan tidak pentingkan keharmonian, malah bencikan keamanan yang ada.
''Dalam konteks negara, dengan rahmat peristiwa Israk dan Mikraj, maka kita juga sedang meniti satu perjalanan yang hebat bersama-sama rakyat menuju Wawasan 2020. Kita sedang melaksanakan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.
''Ini bagi membuktikan kemajuan dan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan negara tercinta ini. Transformasi ini juga memerlukan keberanian dan perubahan minda secara menyeluruh dan memerlukan pencapaian yang berganda serta luar biasa,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempena sambutan Israk Mikraj yang bakal disambut esok dalam blognya di http://www. 1malaysia.com.my hari ini.
Jelas Najib, sambutan Israk Mikraj sememangnya dinantikan oleh seluruh umat Islam kerana kepentingannya dalam mentarbiahkan jiwa manusia ke arah kesempurnaan dan membongkarkan keimanan serta keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian Muhammad SAW.
''Semasa di Masjid al-Aqsa, Allah telah memperlihatkan kepimpinan Rasulullah SAW menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbia yang lain. Justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu malah kepada keseluruhan manusia sejagat.
''Sesungguhnya hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Isu Palestin pula merupakan isu yang mesti diperjuangkan oleh umat Islam sebagai agenda penting dakwah bagi membela rakyat Palestin dari kekejaman rejim Israel.
''Semoga seluruh umat Islam dapat menghayatinya dengan penuh insaf peristiwa agung ini untuk menjadikan kita sebagai umat terbaik dalam merintis perpaduan melalui kepelbagaian kaum dan agama,'' tambahnya.
KUALA LUMPUR 28 Jun - Umat Islam diseru menghayati dan menginsafi peristiwa Israk Mikraj yang terkandung di dalamnya pelbagai pengajaran khususnya berkaitan dengan pelaksanaan ibadat solat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ibadat solat mesti dititikberatkan sebagai wahana membentuk keunggulan peribadi Muslim dan tonggak kekuatan umat Islam.
Menurut beliau, keperibadian unggul umat Islam akan melahirkan semangat perpaduan yang akan menatijahkan keamanan sesebuah negara.
''Tanpanya, maka individu Muslim akan lemah, sentiasa sukakan perpecahan dan tidak pentingkan keharmonian, malah bencikan keamanan yang ada.
''Dalam konteks negara, dengan rahmat peristiwa Israk dan Mikraj, maka kita juga sedang meniti satu perjalanan yang hebat bersama-sama rakyat menuju Wawasan 2020. Kita sedang melaksanakan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.
''Ini bagi membuktikan kemajuan dan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan negara tercinta ini. Transformasi ini juga memerlukan keberanian dan perubahan minda secara menyeluruh dan memerlukan pencapaian yang berganda serta luar biasa,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempena sambutan Israk Mikraj yang bakal disambut esok dalam blognya di http://www. 1malaysia.com.my hari ini.
Jelas Najib, sambutan Israk Mikraj sememangnya dinantikan oleh seluruh umat Islam kerana kepentingannya dalam mentarbiahkan jiwa manusia ke arah kesempurnaan dan membongkarkan keimanan serta keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian Muhammad SAW.
''Semasa di Masjid al-Aqsa, Allah telah memperlihatkan kepimpinan Rasulullah SAW menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbia yang lain. Justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu malah kepada keseluruhan manusia sejagat.
''Sesungguhnya hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Isu Palestin pula merupakan isu yang mesti diperjuangkan oleh umat Islam sebagai agenda penting dakwah bagi membela rakyat Palestin dari kekejaman rejim Israel.
''Semoga seluruh umat Islam dapat menghayatinya dengan penuh insaf peristiwa agung ini untuk menjadikan kita sebagai umat terbaik dalam merintis perpaduan melalui kepelbagaian kaum dan agama,'' tambahnya.
Labels:
Utusan Malaysia
Location:
Saratok, Sarawak, Malaysia
Sepah hampir berpecah kerana ML
(Sumber Warta Artis Tigernews)
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN
![]() |
WALAUPUN berdepan dengan pelbagai masalah yang membuatkan mereka hampir berpecah, ternyata rezeki tetap berpihak kepada kumpulan Sepah untuk bergelar juara Maharaja Lawak. |
SEBELUM pertandingan bermula, saya sendiri memberitahu dua sahabat saya yang lain bahawa saya mahu membubarkan Sepah. Saya berkata kepada mereka biarlah kita berpecah agar senang semua membawa haluan masing-masing.
“Bayangkan kata-kata itu saya luahkan dalam beberapa jam sebelum gelanggang akhir dibuka. Tetapi sebagai manusia, kita hanya boleh berkata apa sahaja.
“Namun, kuasa yang lebih besar untuk menentukan segala-galanya adalah Allah SWT. Dia jugalah yang menentukan kemenangan kami pada malam ini.
“Kami hanya mampu bersyukur dengan rezeki yang diberikan olehNya,” jelas Mohd. Nazdri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep dalam nada terharu.
Demikian luahan ikhlas ketua kumpulan Sepah itu sewaktu ditanya reaksinya selepas menjuarai pertandingan akhir Maharaja Lawak (ML) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, malam Jumaat lalu.
Dengan markah keseluruhan sebanyak 64 peratus, telah melayakkan Sepah membawa pulang hadiah yang cukup lumayan berupa wang tunai berjumlah RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Ternyata Sepah mengejutkan ramai pihak terutama peminat fanatik kumpulan Jozan yang telah diramal dari awal lagi untuk menjulang gelaran sulung program realiti terbitan Astro Warna itu.
Namun, apabila melihat persembahan Sepah yang cukup mencuit hati dan bersahaja pada pentas akhir itu, memang tidak dapat dinafikan lagi mereka layak untuk menjunjung pengiktirafan tertinggi itu.
Menyambung bicara, Jep mengakui mereka berdepan dengan tekanan yang bukan calang-calang sepanjang menyertai ML.
Ini kerana kumpulan Sepah cukup sedar, mereka harus memberikan persembahan yang segar dan yang paling penting, dapat membuat penonton ketawa.
Tekanan itu bertambah kata Jep, apabila dia membuka cerita tentang bagaimana dia dan dua anggota kumpulan Sepah yang lain iaitu Shuib dan Mamat, kekeringan idea hanya dalam beberapa jam sebelum pertandingan akhir bermula.
“Sehinggakan kami terpaksa meminta pelepasan selama satu jam daripada Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani semata-mata untuk keluar dari stadium demi mencari idea.
“Malah, sewaktu latihan pun kami tidak dapat melakukannya kerana kami tiada cerita menarik untuk dipersembahkan. Kami hanya sempat menyiapkan satu cerita sahaja tetapi itupun hanya separuh jalan.
“Bayangkanlah, kami duduk di kedai mamak dari pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi sehari sebelum pertandingan, tetapi satu idea pun tidak datang.
“Apa yang membuatkan saya bersyukur dan terharu apabila peluang itu diberikan sekali oleh Allah.
“Jika bukan kerana Dia, tidak mungkin kami boleh membuat persembahan pada malam pertandingan akhir ini,” kata Jep yang berusia 26 tahun itu dalam nada syukur.
Selain Jep, kumpulan Sepah yang pernah menjadi juara Raja Lawak musim ketiga itu turut dianggotai oleh Shahmira Muhammad atau Shuib dan Mohd. Noor Murad (Mamat).
Dalam masa yang sama, Jep dengan penuh terbuka memberitahu, perbalahan dan perselisihan pendapat memang sering berlaku dalam kumpulannya.
Dia sendiri menjelaskan betapa sukarnya untuk menanggung beban yang ada kalanya ditimbulkan oleh ahli anggota Sepah sendiri yang bagaikan tidak serius dengan kerja mereka.
“Kalau semuanya hendak ditegur setiap kali, memang ia cukup memenatkan. Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.
“Percaya atau tidak, sebelum persembahan kedua pun, kami sempat lagi bergaduh dan bertekak.
“Jadi mahu atau tidak, kami perlu bersatu untuk mempersembahkan idea yang menarik biarpun perlu bermasam muka dan berselisih faham,” katanya yang mahu anggota Sepah ubah diri masing-masing seandainya serius mahu meneruskan perjuangan dalam bidang seni.
Labels:
Utusan Malaysia
Location:
Saratok, Sarawak, Malaysia
Tuesday, June 28, 2011
Tambak Johor nadi dua negara
(Sumber Warta Nasional Tigernews)
![]() |
PEMANDANGAN Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura, lambang kerjasama dua negara berjiran. |
SELAIN Masjid Sultan Abu Bakar dan Bangunan Bukit Timbalan, pintu masuk selatan negara sinonim dengan Tambak Johor.
Walaupun hampir satu abad dibina, namun ia tetap utuh hingga kini dan banyak berjasa kepada dua negara berjiran - Malaysia dan Singapura, malah tidak keterlaluan dianggap ikon kedua-dua negara.
Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar pada 1920, Tambak Johor yang dirasmikan pada 24 Julai 1924, banyak berjasa kepada warga kedua-dua negara khususnya golongan pekerja negara ini.
Bagi melancarkan perjalanan warga kedua-dua negara, tambak satu kilometer yang menjadi laluan bas, kereta dan kereta api serta direka bentuk oleh Messrs, Coode, Fitzmaurice, Wilson dan Mitchell of Westminster itu dibina dengan kos RM4.7 juta yang dibiayai oleh kedua-dua negara.
Pada awalnya, ramai yang sanggup berjalan kaki merentasi tambak berkenaan, namun senario itu berubah kini dengan deretan kenderaan dari kedua-dua negara.
Suasana agak lengang pada waktu tengah malam hingga subuh, namun jumlah kenderaan kian bertambah bermula pukul 5 pagi khususnya menuju ke Singapura kerana ramai rakyat Malaysia yang bekerja di republik tersebut menetap di Johor Bahru.
Keadaan sebaliknya berlaku pada petang Jumaat dan hujung minggu apabila ramai rakyat Singapura yang ingin berkunjung atau melawat saudara mara di Semenanjung Malaysia, khasnya Johor Bahru.
Laluan 'wajib' itu kini menjadi penghubung kepada lebih 300,000 pengguna khususnya warga negara ini yang mencari rezeki di repbulik tersebut setiap hari.
Yang pasti, tinjauan wartawan S2, ZULHISHAM ISAHAK dan jurugambar RAJA JAAFAR RAJA ALI baru-baru ini, mendapati Tambak Johor yang gah bertahan walaupun kian dimamah usia terus meninggalkan pelbagai nostalgia kepada penggunanya.
Kewujudan Tambak Johor juga bukan saja menzahirkan nostalgia, malah terus menjadi nadi kehidupan warga kedua-dua negara.
Labels:
Utusan Malaysia
Location:
Saratok, Sarawak, Malaysia
Pelajar kolej terselamat daripada digantung
![]() |
SYAMIL Taufik dibawa keluar oleh anggota polis selepas mahkamah semalam melepaskan tanpa membebaskannya berhubung tuduhan mengedar dadah. |
KUALA TERENGGANU 27 Jun - Seorang pelajar sebuah kolej swasta terselamat daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini, melepaskan tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah tahun lalu.
Syamil Taufik @ Zainal Arifin, 19, yang kelihatan tergamam mendengar keputusan Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa bagaimanapun berlari meninggalkan pekarangan mahkamah sejurus selepas itu.
Dia didakwa mengedar 59.9 gram dadah jenis methamphetamine di sebuah rumah di Lorong Setia 8, Taman Setia, Durian Burung di sini pada pagi, 17 September tahun lalu.
Pelajar bidang kejuruteraan itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Semasa membacakan keputusannya, Hakim Mohd. Yazid memberitahu, tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Bagaimanapun jelas beliau, pihak pendakwaan masih boleh mendakwa tertuduh jika wujud bukti lain.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ooi Chooi Gaik manakala Syamil diwakili peguam, Nordin Kasim.
Sebelum ini, akhbar melaporkan, polis berjaya mematahkan kegiatan pengedaran pil kuda terbesar di daerah ini dengan tertangkapnya sepasang kekasih berusia 19 tahun dalam satu serbuan di sebuah rumah.
Seorang lagi lelaki iaitu abang tertuduh berusia 23 tahun turut ditahan dan polis merampas 4,000 pil kuda bernilai kira-kira RM100,000 dalam serbuan itu.
Bagaimanapun, abang dan teman wanita tertuduh tidak didakwa di mahkamah.
Labels:
Utusan Malaysia
Location:
Saratok, Sarawak, Malaysia
Israel: Wartawan sertai flotila akan diusir
(Sumber Warta Dunia Tigernews)
BAITULMAQDIS 27 Jun – Israel memberi amaran kepada wartawan asing yang ditangkap di dalam flotila kapal bantuan menuju ke Genting Gaza bahawa mereka akan diusir dan diharamkan memasuki negara itu selama 10 tahun.
Tindakan rejim Zionis itu boleh memburukkan lagi hubungan antara Israel dengan media antarabangsa.
Wartawan berkata, mereka patut dibenarkan membuat liputan mengenai kejadian yang wajar dilaporkan tetapi rejim Yahudi mendakwa, dengan menyertai flotila itu petugas media bersubahat dalam percubaan untuk melanggar sekatan tentera laut Israel ke atas Gaza, wilayah yang diperintah oleh Hamas.
Amaran Israel itu menggambarkan kebimbangannya terhadap flotila antarabangsa yang dirancang belayar semula ke Gaza tidak lama lagi, setahun lebih selepas misi serupa berakhir dengan pembunuhan sembilan aktivis Turki dalam pertempuran dengan komando tentera laut Israel yang memintas mereka.
Pengarah Pejabat Media Kerajaan, Oren Helman dalam suratnya kepada wartawan asing semalam menyifatkan flotila itu sebagai ‘provokasi berbahaya yang dianjurkan oleh anasir pelampau Barat dan Islam untuk membantu Hamas’.
Helman memberi amaran kepada wartawan bahawa dengan menyertai flotila itu, mereka ‘sengaja melanggar undang-undang Israel dan boleh diharamkan daripada memasuki Israel selama 10 tahun, dirampas peralatan mereka selain dikenakan sekatan tambahan’.
Persatuan Media Asing (FPA) yang mewakili ratusan wartawan yang bertugas untuk pertubuhan berita antarabangsa di Israel dan wilayah Palestin mengutuk keputusan Israel itu dan menggesa arahan tersebut dibatalkan.
“Ugutan kerajaan untuk menghukum wartawan yang membuat liputan mengenai flotila ke Gaza memberi mesej menakutkan kepada media antarabangsa dan menimbulkan persoalan serius mengenai komitmen Israel terhadap kebebasan akhbar,” menurut FPA dalam satu kenyataan. – Agensi
BAITULMAQDIS 27 Jun – Israel memberi amaran kepada wartawan asing yang ditangkap di dalam flotila kapal bantuan menuju ke Genting Gaza bahawa mereka akan diusir dan diharamkan memasuki negara itu selama 10 tahun.
Tindakan rejim Zionis itu boleh memburukkan lagi hubungan antara Israel dengan media antarabangsa.
Wartawan berkata, mereka patut dibenarkan membuat liputan mengenai kejadian yang wajar dilaporkan tetapi rejim Yahudi mendakwa, dengan menyertai flotila itu petugas media bersubahat dalam percubaan untuk melanggar sekatan tentera laut Israel ke atas Gaza, wilayah yang diperintah oleh Hamas.
Amaran Israel itu menggambarkan kebimbangannya terhadap flotila antarabangsa yang dirancang belayar semula ke Gaza tidak lama lagi, setahun lebih selepas misi serupa berakhir dengan pembunuhan sembilan aktivis Turki dalam pertempuran dengan komando tentera laut Israel yang memintas mereka.
Pengarah Pejabat Media Kerajaan, Oren Helman dalam suratnya kepada wartawan asing semalam menyifatkan flotila itu sebagai ‘provokasi berbahaya yang dianjurkan oleh anasir pelampau Barat dan Islam untuk membantu Hamas’.
Helman memberi amaran kepada wartawan bahawa dengan menyertai flotila itu, mereka ‘sengaja melanggar undang-undang Israel dan boleh diharamkan daripada memasuki Israel selama 10 tahun, dirampas peralatan mereka selain dikenakan sekatan tambahan’.
Persatuan Media Asing (FPA) yang mewakili ratusan wartawan yang bertugas untuk pertubuhan berita antarabangsa di Israel dan wilayah Palestin mengutuk keputusan Israel itu dan menggesa arahan tersebut dibatalkan.
“Ugutan kerajaan untuk menghukum wartawan yang membuat liputan mengenai flotila ke Gaza memberi mesej menakutkan kepada media antarabangsa dan menimbulkan persoalan serius mengenai komitmen Israel terhadap kebebasan akhbar,” menurut FPA dalam satu kenyataan. – Agensi
Labels:
Utusan Malaysia
Location:
Saratok, Sarawak, Malaysia
Bayi baru lahir dibuang dalam semak
![]() |
JURURAWAT HRPZ II, Nuraini Mohd. Nor memegang bayi dijumpai seorang penduduk Kampung Permatang Machang di dalam semak-samun dan dihantar ke hospital itu untuk rawatan, semalam. - UTUSAN/AIZZUL A.MAJID |
KOTA BHARU 27 Jun - Kejam! Begitulah perkataan paling sesuai untuk menggambarkan mengenai ibu bapa yang tergamak membuang bayi mereka yang masih hidup di kawasan semak berhampiran tali air di Kampung Permatang Machang dekat sini, hari ini.
Mujurlah si kecil yang dalam keadaan masih berdarah di seluruh badan serta bertali pusat itu ditemui penduduk kampung, Mohd. Satar Mohd. Ali selepas terdengar rengekan bayi malang tersebut ketika melalui jalan itu pukul 11.30 pagi.
Ketika ditemui bayi seberat 2.8 kilogram itu diletakkan di dalam sebuah beg kertas sebelum dibuang di kawasan semak setinggi lebih satu meter dipercayai untuk mengelak orang ramai menemuinya.
"Saya berjalan kaki untuk balik ke rumah dari bengkel motosikal. Ketika lalu di kawasan itu tiba-tiba terdengar bunyi rengekan lalu saya segera memeriksa kawasan semak tebal itu.
"Saya memasuk semak dan terkejut kerana ia bunyi dari seorang bayi yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di tempat bayi itu dibuang dekat sini, hari ini.
Menurut Mohd. Satar, dia memanggil penduduk kampung dan bersama-sama mengeluarkan bayi itu dari semak sebelum menghubungi polis yang kemudian membawa bayi berkenaan ke Klinik Kesihatan Bachok sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi hari ini berkata, bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan kini dirawat di HRPZ II.
Katanya, polis menyiasat perkara tersebut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.
"Polis masih mengesan ibu bapa bayi tersebut dan berharap ada pihak tampil memberikan maklumat untuk memudahkan lagi siasatan," jelas beliau.
Labels:
Utusan Malaysia
Location:
Saratok, Sarawak, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)