LOGO Tigernews

LOGO Tigernews
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD

Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG TIGERNEWS
PASTIKAN ANDA BERPUAS HATI DENGAN BLOG INI
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD SISIPAN BERITA ONLINE

Saturday, June 18, 2011

Berita Harian Online

Dr Mahathir minta penerbangan AsiaAsia ke Afrika


2011/06/18

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan syarikat tambang murah seperti AirAsia melihat secara serius untuk mengadakan penerbangan ke Afrika dalam usaha memudahkan pelancong serta meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan.

Beliau berkata pada masa ini, kekurangan laluan seumpama itu membataskan usaha meningkatkan hubungan antara Malaysia dan negara-negara Afrika, walaupun benua itu mempunyai potensi ekonomi yang masih banyak belum diterokai.
Dalam reaksi segera kepada permintaan Dr Mahathir pada Forum Perniagaan Malaysia-Afrika pagi ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes memberitahu Bernama bahawa perkara itu boleh menjadi kenyataan.
"Azran (Osman Rani, ketua eksekutif Airasia X''s) dan pasukannya melihat kepada Mesir dan Luanda (Angola) serta Nairobi (Kenya)," katanya melalui SMS. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment