LOGO Tigernews

LOGO Tigernews
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD

Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG TIGERNEWS
PASTIKAN ANDA BERPUAS HATI DENGAN BLOG INI
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD SISIPAN BERITA ONLINE

Wednesday, June 29, 2011

Najib ajak umat Islam hayati Israk Mikraj

(Sumber Warta Nasional Tigernews)

KUALA LUMPUR 28 Jun - Umat Islam diseru menghayati dan menginsafi peristiwa Israk Mikraj yang terkandung di dalamnya pelbagai pengajaran khususnya berkaitan dengan pelaksanaan ibadat solat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ibadat solat mesti dititikberatkan sebagai wahana membentuk keunggulan peribadi Muslim dan tonggak kekuatan umat Islam.
Menurut beliau, keperibadian unggul umat Islam akan melahirkan semangat perpaduan yang akan menatijahkan keamanan sesebuah negara.
''Tanpanya, maka individu Muslim akan lemah, sentiasa sukakan perpecahan dan tidak pentingkan keharmonian, malah bencikan keamanan yang ada.
''Dalam konteks negara, dengan rahmat peristiwa Israk dan Mikraj, maka kita juga sedang meniti satu perjalanan yang hebat bersama-sama rakyat menuju Wawasan 2020. Kita sedang melaksanakan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.
''Ini bagi membuktikan kemajuan dan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan negara tercinta ini. Transformasi ini juga memerlukan keberanian dan perubahan minda secara menyeluruh dan memerlukan pencapaian yang berganda serta luar biasa,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempena sambutan Israk Mikraj yang bakal disambut esok dalam blognya di http://www. 1malaysia.com.my hari ini.
Jelas Najib, sambutan Israk Mikraj sememangnya dinantikan oleh seluruh umat Islam kerana kepentingannya dalam mentarbiahkan jiwa manusia ke arah kesempurnaan dan membongkarkan keimanan serta keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian Muhammad SAW.
''Semasa di Masjid al-Aqsa, Allah telah memperlihatkan kepimpinan Rasulullah SAW menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbia yang lain. Justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu malah kepada keseluruhan manusia sejagat.
''Sesungguhnya hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Isu Palestin pula merupakan isu yang mesti diperjuangkan oleh umat Islam sebagai agenda penting dakwah bagi membela rakyat Palestin dari kekejaman rejim Israel.
''Semoga seluruh umat Islam dapat menghayatinya dengan penuh insaf peristiwa agung ini untuk menjadikan kita sebagai umat terbaik dalam merintis perpaduan melalui kepelbagaian kaum dan agama,'' tambahnya.

No comments:

Post a Comment