LOGO Tigernews

LOGO Tigernews
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD

Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG TIGERNEWS
PASTIKAN ANDA BERPUAS HATI DENGAN BLOG INI
TIGERNEWS NEWS in THE WORLD SISIPAN BERITA ONLINE

Tuesday, June 28, 2011

Tambak Johor nadi dua negara

(Sumber Warta Nasional Tigernews)


PEMANDANGAN Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura, lambang kerjasama dua negara berjiran.


SELAIN Masjid Sultan Abu Bakar dan Bangunan Bukit Timbalan, pintu masuk selatan negara sinonim dengan Tambak Johor.
Walaupun hampir satu abad dibina, namun ia tetap utuh hingga kini dan banyak berjasa kepada dua negara berjiran - Malaysia dan Singapura, malah tidak keterlaluan dianggap ikon kedua-dua negara.
Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar pada 1920, Tambak Johor yang dirasmikan pada 24 Julai 1924, banyak berjasa kepada warga kedua-dua negara khususnya golongan pekerja negara ini.
Bagi melancarkan perjalanan warga kedua-dua negara, tambak satu kilometer yang menjadi laluan bas, kereta dan kereta api serta direka bentuk oleh Messrs, Coode, Fitzmaurice, Wilson dan Mitchell of Westminster itu dibina dengan kos RM4.7 juta yang dibiayai oleh kedua-dua negara.
Pada awalnya, ramai yang sanggup berjalan kaki merentasi tambak berkenaan, namun senario itu berubah kini dengan deretan kenderaan dari kedua-dua negara.
Suasana agak lengang pada waktu tengah malam hingga subuh, namun jumlah kenderaan kian bertambah bermula pukul 5 pagi khususnya menuju ke Singapura kerana ramai rakyat Malaysia yang bekerja di republik tersebut menetap di Johor Bahru.
Keadaan sebaliknya berlaku pada petang Jumaat dan hujung minggu apabila ramai rakyat Singapura yang ingin berkunjung atau melawat saudara mara di Semenanjung Malaysia, khasnya Johor Bahru.
Laluan 'wajib' itu kini menjadi penghubung kepada lebih 300,000 pengguna khususnya warga negara ini yang mencari rezeki di repbulik tersebut setiap hari.
Yang pasti, tinjauan wartawan S2, ZULHISHAM ISAHAK dan jurugambar RAJA JAAFAR RAJA ALI baru-baru ini, mendapati Tambak Johor yang gah bertahan walaupun kian dimamah usia terus meninggalkan pelbagai nostalgia kepada penggunanya.
Kewujudan Tambak Johor juga bukan saja menzahirkan nostalgia, malah terus menjadi nadi kehidupan warga kedua-dua negara.

No comments:

Post a Comment